Halaman

Isnin, 31 Januari 2011

Murtabak Maggi

Murtabak? Sedapppp...makanan favourite masa puasa..tapi diadunkan dengan maggi. Menarik jugak tu...tapi yang sedihnya...aku belum merasa...ermmm

Takpe...isteriku bercerita...."Hujan...Boring...dan pemilik 'lidah maharaja' iaitu sang suami...sedang berada di luar stesen..kerja mengaudit orang...waktu busan busan begini bisa menghasilkan idea..."

Itu kata dia...sang 'lidah maharaja' belum merasa lagi...tapi aku tau, murtabak maggi memang sedap sebab..ISTERIKU yang memasaknya...selama aku mengahwininya...aku belum pernah menolak apa yang dimasaknya..termasuk la maggi cap mana-mana jenama..hahahaha!!!

Oleh itu, dengan kembang-kempisnya hidung aku ini...aku persembahkan kepada anda semua..kawan-kawanku yang budiman...Murtabak Maggi!!!!!


Bahan-Bahannya:

2 bungkus maggi kari (sudah tentula..itu pelakon utamanya)
4 biji telur (3 pun ok)
½ biji bawang besar (takde pun takpe..no hal)

Cara-caranya:

Maggi direbus terlebih dahulu tapi jangan terlalu lama takut lembik. Rebus dalam 2 minit..(ikut la salam iklan tu..) kemudian diangkat dan tuskan..

Kemudian kepuk (pukul) telur macam telur dadar sehingga kembang sikit dan masukkan bawang sikit (tak letak pun takpe..Aiman tak kisah!!)..akhir sekali maggi yang telah dituskan tadi masukkan sekali ke dalam telur yang dikepuk tadi dan gaul sehingga sebati. …nak elakkan berketul-ketul..

Masukkan sepeket sahaja perencah maggi kari dan gaul sehingga sebati. Yang selebihnya perencah kari boleh bagi kat jiran sebelah…rugi sebab dah belikan..

Panaskan kuali dan masukkan dalam satu sudu minyak masak. Masukkan maggi + telur yang sudah dikepuk (yang tadi tu laaa) ke dalam kuali. Cara buat macam la kita buat telur dadar..alaaa senang je..buat Darjah 3 boleh buat..

Agak-agak dah masak..angkat dan sedia untuk dihidangkan….DAN MIM ALIF KAF NUN…


Sup Bebola Ayam

Perbualan tak sengaja di pagi Ahad 2 minggu yang lalu, sebelum aku ke Penang...

Aku: Yang, nak makan apa ni?
Isteriku: Entahlah...abang nak makan apa?
Aku: Entah..abang nak simple..yang berkuah tapi tak pedas..
Isteriku: Ayam kicap?
Aku: Ermm...kurang laa...sbb ayam banyak sangat..heheh..nak berair macam sup...
Isteriku: Kalo makan yang simple, apakata yang betul-betul simple..sup ayam...kita tambah bebola...
Aku: LULUSSS!!!!

Aku dengan tidak sabarnya menunggu masakan isteriku. Mungkin anda ada jumpa resepi ni di mana-mana, takpa..aku hidangkan kepada anda (secara online..hehehe) Sup Bebola Ayam...enjoy!!

Bahan-Bahannya:


Bebola ayam (dibelah dua setiapnya)
Ayam 2 ketul (dipotong kecil)
½ biji bawang besar
1 biji lada besar
Garam
Ajinomoto
Suhun
Kiub pati ayam maggi (1 ketul)
I keping asam gelugor

Cara-caranya:

Tumis bawang besar sehingga kekuningan kemudian masukkan ayam dan dikacau-kacau takut melekat. Bila ayam dah mula masak, masukkan air 1 cawan, kiub pati ayam, lada besar, garam dan sedikit ajinomoto, asam gelugor dan bebola ayam. Biarkan seketika dan akhir sekali masukkan suhun..tapi jangan terlalu lama sebab suhun mudah lembik…

Dan akhirnya….M.A.K.A.N….perkara paling best di dunia..(selain benda-benda lain..hahaha)



Lala Masak Bercili

Semalam, aku dan isteri berpusing-pusing kat market di presint 8, jadi banyak berfikir nak masak apa..then terpandang la LALA...ermmm...kemudian isteriku berbisik.." bang..lala masak bercili..."....menarik jugak cadangan tu...then aku luluskan dengan serta merta..hehehe

so, dengan murah hatinya..mungkin di mana-mana ada resepi ni...aku berkongsi dengan anda semua...lala masak bercili dari air tangan isteriku...

Bahan bahannya:

cili kering 10 tangkai
bawang merah 4 ulas
bawang putih 4 ulas
halia 1/2 inci
(bahan2 diatas di kisar lumat)
air asam jawa
garam
ajinomoto
sos cili 3 sudu
sos tomato 3 sudu
sos tiram 3 sudu
lala setengah kilo

cara caranyer:
tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau kemudian masukkan air asam jawa, garam dan ajinomoto dan gaul sebentar..kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram...bila semuanyer dah sebati baru masukkan lala...tapi jangan masak terlalu lama kerana takut isi lala tertanggal dari kulitnyer...akhir sekali boleh la diangkat dan dihidangkan..


Selamat Mencuba...

p/s: aku yang kurang makan malam pun terliur dengan lala ni..memang sedap...sebelum masak tu..baca Bismillah dan Selawat yeee...insyaAllah sedap!!

My First Day With Air Tangan Isteriku...

Salam..

Hari ni hari pertama dengan blogku..aku buat demi isteriku...yang terer masak dan masakannya simple serta sedap...semua boleh masuk ke tekak ku...air tangannya memang menjadi..hasil pembelajaran dari mak mertuaku yang sememangnya pakar dan tauke besar di dapur...aku akan update mungkin setiap hari...resepi yang biasa kita tengok di kedai, di dapur kita, di mana mana..tapi dengan adunan kreatif yang tip top...memang menjadi....ADIOS!!