Halaman

Rabu, 28 Disember 2011

Buah Melaka

Ni satu lagi.....
Hasil air tangan isteriku...
Bahan-bahan:
1.    Tepung pulut
2.    Gula Melaka dipotong kecil-kecil
3.    Kelapa parut putih digaul garam
4.    Pewarna hijau
5.    Air

Cara-Cara:
1.    Gaul tepung dengan air dan masukkan pewarna hijau..gaul sehingga tepung menjadi doh.
2.    Bentukkan bulat-bulat kemudian leperkan sedikit dan masukkan gula Melaka yang dipotong kecil di tengah-tengahnya kemudian bulatkan balik
3.    Kemudian masukkan ke dalam air yang direbus sehingga timbul kemudian angkat dan gaulkan di dalam kelapa parut tadi.
4.    Sedia untuk ‘dingap’!!!
Sedappppppppppp!!!!!

Cek Mek Molek

Assalammmualaikum..

Lama betul la tak update blog neh..ntah apa yg difikir pon tak tau..tapi yg pentingnya..makan makan dan makan..utk hidup..bukan hidup untuk makan...

So, boys and girls..ladies and gentlemen...oleh kerana diasak beberapa kali oleh Chef Nadiah beberapa kali untuk menyiarkan kuih tradisional tempatan..nah ..amek kau..!! (ayat Ameera - boboiboy kuasa tiga amekkkauu!!)...

Bahan-bahan :-
Ubi keledek
Tepung gandum
Gula secukupnya untuk inti

Cara-cara
  1. Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Kemudian lenyek hingga betul-betul lumat (semasa tengah panas-panas lagi) dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil-kecil menjadi bujur .
  2. Kemudian doh tadi dileperkan dan masukkan sedikit gula dan bentukkannya semula  menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan di dalam kuali yang berisi minyak yang panas.
  3. Sedap kan? Kan? Kan???
  4. Dan seterusnya..makan bersama air nescafe yang kaw...hasil air tangan isteriku...

Isnin, 27 Jun 2011

Sambal Tempe Goreng

Tempe…pergh..!!! hasil buatan masyarakat Jawa dari Johor memang salah satu pilihan aku…kalo makan kat luar tu, confirm aku pilih sebab aku memang minat habessss seyyy…!!! So, sempena bulan Rejab dan wife aku pun ajak la aku berpuasa kerana dia dah komen, abg ni dah lama tak puasa dengan saya..so aku pun menurut la kerana isteri tersayang…dan menu for today..sambal tempe goreng!!! Perghh!!! Lepas ni kita try resepi Paprik Ayam dan Udang yee…sodap seyyy!!

Bahan A:

Tempe (dipotong nipis)
Kentang(di potong nipis)
Suhun & fucuk (direndam)
Tauhu

Bahan B:

Bawang Merah (dipotong nipis)
Bawang Putih(dipotong nipis)
2 biji lada besar (dihiris nipis)
Santan
Sedikit gula
Air asam jawa
Garam& ajinomoto

Cara-caranya:

Goreng bahan2 A sehingga masak dan diangkat..kemudian tumis bahan2 B sehingga naik bau dan masukkan santan dan gaul sebentar…masukkan air asam jawa,gula,garam dan ajinomoto..last sekali masukkan bahan2 A dan lada besar serta digaul sebentar…kecilkan api dan biarkan santan td menjadi kering…kemudian blh lah diangkat dan sedia utk dihidangkan…

Gambar kat bawah, sila tengok....sedap kan...lagi sedap kalo cuba sendiri dan makan sendiri..hikhikhikhikhik!!!


Ahad, 26 Jun 2011

Mee Goreng Basah - beza memang berbeza!!!!


Mee goreng basah?? Alaa...sonang baitu...korang takyah belaja sebab agak-agak pun boleh..masa aku bujang dulu..aku main taruk taruk je dalam kuali..yang penting baunya naik dan ada rasa-rasa mee goreng basah..nak lagi basah, masukkan la air banyak...heheheh.!!
Senang je kan..korang buleh buat, tak payah nak refer dengan blog ni...so...ni haaa...saja nak tunjuk..sebab rasanya lain dan of coz...sedap weyyyy!!!

Bahan-Bahannya:

2 bungkus mee kuning
4 ketul ayam (dipotong kecil)
Sawi
Cili kering (10 tangkai di kisar)
Bawang merah 5 ulas (di kisar)
Bawang putih 5 ulas (di kisar)
Halia ½ inci (di kisar)
Sos tiram
Sos cili
sos tomato
Kicap manis kipas udang
Garam & ajinomoto
Tomato dan daun sup(utkhiasan)

Cara-Caranya:-

Tumis bahan2 yg dikisar sehingga naik bau dan masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam masak seketika kemudian masukkan sos tiram,kicap manis,sos cili,sos tomato garam dan ajinomoto dan gaul bg sebati..kemudian masukkan  ½ jug air  dan biarkan seketika dan last sekali masukkan mee dan gaul sebentar..dan blhlah diangkat dan dihiaskan bersama tomato dan daun sup….

P/S:Mee goreng basah ni sebenarnya dah lama wife aku buat tapi baru sekarang berkesempatan nak masuk blog…


Ayam Masak Sos Tiram


Assalamualaikummmmmmm!!!

Lama giler aku tak update blog neh....entah apekebondo eyyyy sibuknya aku neh..dari bulan April lepas, lepas Mee Rebus versi Pantai Timur tu..langsung aku tak update..mintak mahap la yee...wife aku tiap-tiap hari bising..bila nak update blog...so sekarang aku nak update..yang ni resepi yang wife aku buat April lepas...so..aku rasa relevan lagi sebab bukan yang tahun lepas punya kan..kan..kan...so...ok boys and girls...i present to you...the ‘not-so-call’ secret recipe by my wife’s own hand..hehehe!!

BAHAN-BAHANNYA:-

1/2 ekor ayam(di potong kecil)
Bawang besar 1 biji(di kisar)
Bawang putih 2 ulas(di kisar)
Sos tiram (3 sudu)
Sos cili (2 sudu)
Sos tomato(2 sudu)
Kicap manis kipas udang (1 sudu)
Sedikit air asam jawa
Garam & sedikit ajinomoto

BAHAN UTK HIASAN:-

1 biji tomato
Daun sup

Cara-Caranya:-

Ayam  digaul bersama garam dan digoreng tp jgn terlalu garing…kemudian angkat ayam dan tumis bahan2 yg dikisar sehingga naik bau…kemudian masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato,dan kicap manis dan gaul sebentar last sekali masukkan air asam jawa sedikit garam dan ajinomoto..gaul sebentar dan bolehlah diangkat dan dihiaskan..

Apalagi....rembat je sampai habis!!


Selasa, 5 April 2011

Mee Rebus Versi Pantai Timur

Mee Rebus ehhh? Aku ingat mee sup..ape beza mee rebus dgn mee sup..yang aku tau..mee kuning tu je..yang lain, aku kurenggggg pasti...tapi mee rebus adalah kegemaran wife aku, so aku postkan untuk korang....renung-renungkan dan selamat beramalll...

Bahan-bahannya:

Bawang putih – 3 ulas (Ditumbuk)
Bawang Merah- 3 ulas (Ditumbuk)
Halia               - ½ inci (Ditumbuk)
Ayam              - 3 ketul(di potong kecil)
Udang                - 10 ekor
Kiub Pati Ayam Maggi – 1 ketul
Asam Keping    - 1 keping
Garam&sedikit perasa
Serbuk lada hitam
Mee  kuning      - 1 Peket
Sawi
Sedikit daun sup dan lada besar utk hiasan

CARA-CARANYA:

Tumis bahan2 yg ditumbuk sehingga naik bau kemudian masukkan ayam dan udang dan gaul sebentar..kemudian masukkan 1 jug kecil air dan kacau sebentar...kemudian masukkan asam keping,garam dan perisa,kiub pati ayam serta serbuk lada hitam..last sekali masukkan sayur sawi dan kacau bahan2 tersebut sebentar dan blhlah dihidangkan..

P/S:sebenarnya lagi byk sayur lagi sedap seperti bunga kobis,carrot,tomato dan lain-lain....tetapi oleh kerana anak saya kurang makan sayur wife pun tak letak byk sayur…apa yg ada dlm petis yg tu lah wife saya gunakan..nak lg sedap mkn ler ngan sambal cili kicap…selamat mencuba…