Assalamualaikum wbt kengkawan...
Lama gilerrr aku tak update blog ni..bukan apa..berehat untuk Syaban dan Ramadan, lepas tu beraya pulak dalam Syawal..lama tu..last update 24 Jun 2012..ni dah 5 Sept 2012...kan ke lama tu...lagipun orang cakap bulan puasa ni makruh post gambar makanan yang enak-enak..yang kat dalam blog ni semuanya enak enak belakaaa..so sorry to say lah!!!
Back to our business..resepi ni susah sikit..bukan susah apa..korang nak kena carik ikan ni..ikan jemuduk..actually korang boleh la ganti guna ikan lain..tapi rasanya di Pekan, Pahang..ikan ni antara yang sesuai buat asam pedas..ok..let's move on!!
Bahan-bahan Kisar:
Cili kering
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Bahan-bahan Lain:
2 Keping kepala ikan jemuduk
Air asam jawa
Daun kesum
Lobak jeruk
Garam
Ajinomoto
Cara-caranya:
Tumis bahan-bahan kisar sehingga betul-betul masak dan naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan ajinomoto dan kacau sebentar. Masukkan kepala ikan dan biarkan sehingga masak..sekiranya kuah nampk pekat tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan daun kesum dan lobak jeruk.
Nah! Gambar!
Nah! Gambar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan