Halaman

Jumaat, 7 September 2012

Laksa Sarawak - Air Tangan Bersama



Assalamualaikum wbt..

Pagi Jumaat ni...kenapa rasa malas nak bekerja..asyik bukak blog sana sini..last-last Puan Chef Nadiah suruh masukkan resepi Laksa Sarawak..


Tu tengok kat atas...kenal?  Sapa-sapa yang kat Kuching, sure kenal...tapi ada sebahagian besar memang kenal perencah ni..Perencah Laksa Sarawak Hj Manan...aku ingat lagi masa kat MAHA 2010, peniaga dari Sarawak bawak perencah ni 10,000 peket...punya banyak...dan habis!!! Bermakna jika seorang membeli 5 peket untuk disimpan, ada 2,000 orang di Semenanjung ni memang kenal bangat dgn perencah pak aji ni..

So apa cer? Perencah ini menjadi pilihan, dan bagusnya, ada resepi disertakan. Mudah kan? Aku dah beli untuk member, 10 peket, tak cukup!!!!! Sebab sedap katanya..hahahaha!!!

So, bila dah ada resepi, buat apa aku nak bagi resepi kan? Carik perencah ni dan dalamnya ada resepi,  tunggu buat jer...cuma ada beberapa perkara tambahan yang penting...

Sambal Belacan

Lada besar 4 biji
Lada kecik 3 biji (kalau nak lagi pedas, tambah la mana-mana..sukati korang..yang makan korang)
Belacan..ambik la mana yang sesuai...jgn satu bungkus sudaaaaaa
..dan ditumbuk atau dikisar...ikut suka..

Limau kasturi kena ada tau...sebab limau tu la yang akan hilangkan rasa rempah yang ada..

So ini, gambarnya, perencahnya cari sendiri yerr...makaseyyyy!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan