Halaman

Khamis, 6 September 2012

Sardin Goreng Sambal - Mudah Bagi Mereka Yang Malas Nak Cari Ikan

Assalamualaikum wbt

Tadi ikan jemuduk kan? Susah nak carik ikan tu..apakata kita carik ikan paling senanggggggg sekali...ikan sardin..hahahahah!!

Ikan sardin fresh ni kat pasar mudah nak kenal...nampak tirus tapi berisi..kaler pun lain sikit dari ikan lain..nak buat laksa penang ni paling sesuai....

Tapi yang ni..paling mudah..takyah carik kat pasar basah, carik kat kedai runcit jer..hahahaha..so ini lah resepi yang paling mudah untuk mereka yang malas nak carik ikan kat pasar (atau jenis yang tak kenal ikan..hahahaha!!)

Bahan-bahan:

1 tin besar ikan sardin
Air asam jawa
Garam 
Ajinomoto
Bawang besar 1 labu
Bahan-bahan yang di tumbuk:

Cili padi
Bawang putih - 1 ulas
Halia 1/2 inci

Cara-caranya:

Goreng ikan sardin sehingga garing kemudian diangkat. Tumis bahan2 yg dikisar sehingga naik bau dan masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan ajinomoto dan kacau sebentar dan masukkan bawang besar. Akhir sekali masukkan kuah sardin dan ikan sardin yg siap digoreng tadi dan gaul sebentar dan bolehlah diangkat dan dihidangkan..
Sorila gambar tak clear haaaa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan