Halaman

Isnin, 11 Ogos 2014

Nasi Mandhi Kasih Sayang

Assalamualaikum wbt

Kembali lagi dengan resepi.

Chef Nadiah dalam 8 bulan ni banyak resepi tapi tak sempat nak post. Tapi ada satu resepi yang paling best dalam tempoh ni, sebab ingat nak lawan Nasi Arab kat Cyberjaya tu. Tapi takpe..Nasi Mandhi ni mungkin berbeza sikit dengan Nasi Arab biasa...rasanya kot. 

Bahan-bahan ayam:



4 ketul ayam bhgn peha

2 ketul ayam bhgn kepak

2 sudu besar serbuk ketumbar

2 sudu besar serbuk jintan manis

2 sudu besar serbuk lada hitam

1 sudu besar serbuk kunyit

2 sudu besar rempah campuran

2 biji lemon ~ dihiris bulat

Garam

Sedikit pewarna kuning/ saffron

Aluminium foil.



Cara penyediaan ayam:



(Ayam direbus dlm 30 minit)

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 30 minit.

2.Balutkan ayam dgn aluminium foil dan hirisan lemon dan kukuskan sehingga masak..

3. kemudian apabila ayam sudah masak kuarkan dr aluminium foil dan ambil airnya..





Nasi:



4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan

3 camca besar minyak sapi

air  secukupnya (saya gunakan air rebusan ayam td)

1 biji bawang besar ~ hiris halus

3 ulas bawang putih ~ hiris halus

Rempah tumis ~ (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

Pewarna kuning

Garam dan ajinomoto





Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar sehingga naik bau.kemudian masukkan garam dan sedikit ajinomoto...masak sehingga bahan2 tersebut layu.


2. Masukkan beras kedalam rice cooker bersama air rebusan ayam dan masukkan bahan2 yg ditumis td kedalam rice cooker


3. Apabila nasi hampir masak masukkan sedikit pewarna kuning dan gaulkan dan masukkan  ayam yg dikukus td kedalam nasi dan gaul sebentar dan biarkan seketika sehingga nasi masak.





Sambal



3 biji tomato (jangan yg terlalu masak)

Cili Besar Hijau

Daun pudina

Garam

sedikit ajinomoto

Gula

(Bahan2 ni dikisar halus)

DAN...walaaaa!!!! 


Nampak berserabut sikit sebab kita masukkan ayam tu kemudian. Tapi yang penting sedap lah!!! Hahahaha!!!

Jumaat, 8 Ogos 2014

OFF TOPIC: Isu Boikot: Serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza

Assalamualaikum wbt

Lama tak masuk blog. Sibuk, kerja, anak-anak, keluarga dan kesemuanya. Dan blog ni macam hampir pupus je..hehehe..tapi banyak perkara yang berlaku sepanjang 8 bulan tak masuk blog.

Kali terakhir aku masuk blog adalah penghujung Disember. Itupun sebab nak post pasal Istanbul, kalau tak memang lupa dah. Gambar je tinggal. Dan apabila masuk tahun baru, aku bertukar pejabat, aku berpindah ke Petaling Jaya. Jadi tiap-tiap hari kena naik moto sebab nak elak sesak di jalan raya.

Banyak jugak la masakan oleh Chef Nadiah ni, ini termasuk la Nasi Arab Kasih Sayang hehehe...percubaan pertama aku tak ingat bila, menjadi. Masak kambing sekali dengan ayam. Percubaan kedua di Pekan, Pahang. Alhamdulillah, ok jer..hehe..Pasal nasi Arab, insyaAllah akan dipostkan kemudian.

OFF TOPIC

Off topic? Kenapa? Walaupun ada kaitan dengan makanan jugak, tapi itulah nak kata. McDonald adalah satu perniagaan makanan segera yang terkenal di Malaysia dan telah beroperasi di bawah nama tersebut sejak berpuluh tahun lamanya di Malaysia. Dalam tempoh 10 tahun ini, terdapat aktiviti boikot oleh sesetengah pihak terhadap makanan segera ini. Kenapa boikot?

Kerana dipercayai telah membiayai aktiviti Jewish United Fund (JUF) yang menyalurkan dana kepada Kerajaan 'haram' Israel untuk menjarah tanah Palestin. Sila ke link Aqsa Syarif Berhad untuk maklumat lanjut.

http://www.aqsasyarif.org.my/v3/index.php/rujukan/artikel-palestin/2602-penerangan-isu-boikot-bah-1

http://www.aqsasyarif.org.my/v3/index.php/rujukan/artikel-palestin/2603-penerangan-isu-boikot-bah-2

Facebook Aqsa Syarif juga di sini:

https://www.facebook.com/aqsa.syarif?fref=ts

Bagaimanapun, ada penulis yang membentangkan fakta kenapa kita harus melihat isu boikot ini lebih luas. Soalannya: 

1. Adakah wajar kita memboikot McDonald's?
2. Bagaimanakah dikatakan McDonald's menyalurkan bantuan dan dana kepada JUF dan seterusnya kepada Kerajaan 'haram' Israel?

Jadi, fakta yang dibentangkan adalah menarik dan wajar difahami. Aku faham bukan kerana dia nak mempertahankan MCDonald's, in fact dia sendiri pun tak makan kerana makanannya tidak menyihatkan.

Jadi, kawan-kawan boleh lah ke link ini untuk membaca yer..

http://oskortos.blogspot.com/2014/08/boikot-mcdonalds-malaysia.html?m=1

Aku? Aku boikot. Salah satu sebabnya kerana makanannya tak menyihatkan dan juga kerana Palestin selepas membaca artikel Aqsa Syarif.


Selesai di situ. Nak boikot, terpulang. Taknak boikot, tiada siapa nak marah. Hak masing-masing. Dan jangan pula kita pergi tendang pintu masuk Restoren McDonald's kerana boikot. 

Itu bukan boikot. Itu BODO namanya.

Sekian, jom solat Jumaat!!!!

Wassalam..

Ahad, 8 Disember 2013

TraveLog Istanbul, Turkiye - Ku Tinggalkan Jejak Kakiku Di Sana - Bahagian Akhir



SIAPA BOLEH LUPAKAN ISTANBUL, KOTA DUA BENUA

Ke Mana Lagi?

Shopping kiranya dah 70 persen selesai. Tapi ada lagi tempat yang perlu di lawat. Next, Topkapi Palace. Dibina oleh Sultan Muhammad Al Fatih atau di kalangan rakyat Turki dipanggil Mehmet II pada 1453. Menjadi kediaman Sultan-Sultan Empayar Ottoman sejak kejayaan penaklukan Konstatinopel/Istanbul.

Pintu Masuk Topkapi Palace
Planning hari tu memang nak masuk ke Topkapi Palace selepas ditutup semasa kami melawat Muzium Arkeologi tempoh hari. Tetapi apabila diberitahu bayaran masuk adalah 40TL, kami batalkan niat kerana terlalu mahal. Masuk Hagia Sofia baru 25TL, mungkin kami dah terlalu letih untuk melawat kawasan bersejarah kerana tumpuan pada masa itu hanyalah shopping sahaja hehe..

Selepas Topkapi, tourist guide kami bawa kami melawat satu lagi muzium, Istanbul Modern Arts Museum (muzesi dalam bahasa Turki). Menaiki tram dari Gulhane ke Kabatas melintasi Jambatan Galata, tidak jauh dari Galata Tower. Apa yang menariknya muzium seni ni? Menarik bagi mereka yang mencintai seni, tapi tidak bagi kami. Hanya menikmati gambar-gambar yang dilukis oleh pelukis-pelukis tersohor Turki.


Pintu Masuk Istanbul Arts
RUPANYA ADA NASI MURAH KAT ISTANBUL..

Mencari nasi di Istanbul, jika betul tempatnya, seperti contohnya di kediaman Fatih, maka kita akan mudah menemui nasi murah namanya Nasi Pilav. Dah berapa hari makan nasi yang mahal saja, jadi jika berbelanja 2TL untuk makan malam, amat murah. Nasi Pilav asalnya dari Asia Barat dan Asia Tengah dan pernah dinikmati oleh Alexander The Great. Nasinya mudah saja, cuma ayam dan nasi yang sedikit berminyak. Tetapi tawar yeee...hehehe...kena bawak sos untuk bagi sodapppp!!!



ISTANBUL DI WAKTU MALAM

Salah satu niat aku apabila tiba di Istanbul, ialah menikmati waktu malam di Istanbul. Jadi kami pergi dari Beyazit menaiki tram ke Tophane untuk melihat sunset di tepian Selat Bosphorus.

Jam 6.45 petang, tram yang penuh dengan warga Istanbul. Maka kami sempatlah menikmati sunset di selat.

Angin kuat dan sejuk tidak menghalang pemancing dari meneruskan aktivit mereka


Selepas menikmati sunset, kami terus ke Taman Blue Mosque untuk menunaikan hasrat aku untuk melihat Sultanahmet Camii atau Masjid Biru di waktu malam. Turun di Stesen Sultanahmet dan terdapat ramai manusia waktu ini.


Cantik kan?
Lapar? Di Taman Blue Mosque ada Lempeng. Kita pilih coklat dan keju
Jam 7.30 malam. Masanya untuk kami balik, tapi aku dan isteriku memilih untuk berjalan kaki balik ke hotel. Pada masa ini kita akan menemui penjual t-shirt, penjual pelekat peti sejuk, makanan ruji Turki seperti roti dan sebagainya. Tetapi satu pengalaman yang akan sentiasa diingati oleh aku dan isteriku semasa berjalan balik waktu malam adalah gelagat penjual aiskrim Turki. Amat lucu dan menghiburkan. Gelagat penjual aiskrim ni boleh ditonton dalam Istanbul Aku Datang. Aku cuba nak upload tapi susah pulok...karang lah yerrr...hehehe...



Suasana malam di Sultanahmet...cantikkan?
MELAWAT ISTANBUL ASIA

Istanbul Asia? Jadi kami di mana? Kami di Istanbul Eropah. Oooo...sila tengok gambar yerrr...

Tourist guide kami cadangkan kami untuk melawat Istanbul Asia. Yaa...sebelum balik Malaysia kena melawat tanah tu hehe...jadi kami menaiki feri dari Eminonu dengan bayaran 3TL. Menaiki feri jam 6.00 petang di Istanbul bukan sekadar menyaksikan ramai warga Turki pulang dari kerja, tapi dapat merasai angin Bosphorus yang sejukkkk amat.





Apabila tiba di sebelah Asia, kami melihat terlalu ramai warga Turki berpusu-pusa keluar dari feri dan menuju ke stesen bas. Dan saat ini, suhu di Selat Bosphorus adalah 9 darjah celsius dan amat sejuk sekali.

Sejuk teramat.masa ni glove wife terlupa plakk hehe

Ada jugak kaki pancing sini yerrr.

Sejoknyerrrr...
SOLAT JUMAAT DI SULTANAHMET CAMII

Satu perkara yang aku inginkan dan dah bagitau tourist guide awal-awal, aku ingin solat Jumaat di Blue Mosque sebelum balik ke Malaysia. Dan pada pagi Jumaat, sekali lagi kami memanjat bukit di Fatih tu untuk ke Sultanahmet. Pagi itu tak terlalu panas dan masjid ditutup sejam sebelum azan. Mengambil wuduk pada waktu ini amat mencabar kerana airnya terlalu sejuk.


Seperti biasa, masjid amat penuh. Dan sudah tentu, khutbah dalam bahasa Turki dan Arab.


Yang tinggi tu mimbar dia. Bayangkan imam kena naik setinggi itu.

SABTU 26 OKTOBER 2013, KU RASA TAK HENDAK PULANG!!!!

Sudah tiba masanya untuk kami pulang ke Malaysia. Hati terlalu sedih kerana terlalu banyak perkara yang terbaik di sini. Apabila mengenangkan kehebatan Sultan Muhammad Al Fatih, Sang Penakluk Konstatinopel, kita sememangnya mempunyai tamadun yang hebat sejak zaman Rasulullah s.a.w. SUBHANALLAH!!!

Kita cuma lupa dengan ingatan Allah s.w.t dan pesan Rasulullah s.a.w bahawa dunia yang kita pegang walaupun separuh dunia hanya sementara. Disebabkan lupa, rakus dengan kekuasaan dunia dan harta, pemimpin Islam zaman dahulu menjadi alpa dan kalah dalam peperangan demi peperangan. Namun kita bernasib baik kerana Allah s.w.t membiarkan Istanbul terus di tangan orang Islam berbanding Baitul Muqaddis/Jerusalem yang terus dicengkam orang kafir.


Sempat aku mengucapkan terima kasih kepada pengurus Istanbul Sydney Hotel yang amat peramah dan baik hati. Bilik dikemas setiap hari walaupun hotel itu tengah dalam pembaikan (renovation).

Menaiki MPV Mercedes yang besar dengan bayaran 75TL dari hotel ke airport, kurang 5TL pada hari kami tiba. Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk memang penuh dengan manusia. Flight kami adalah pada jam 7.30 malam. Tetapi abang ipar aku terbang lebih awal dengan MAS iaitu jam 3.30 petang. Lama jugak menunggu, lebih kurang 6 jam tetapi lebih elok jika awal kerana kemasukan ke ruang antarabangsa amat sesak.



Seperti gambar wife aku di atas, beg-beg macam banyak dan berat kan? Salah sama sekali!!! Kami ada lebihan dalam 10 kilo lagi kerana aku sangkakan 46kg untuk kami berdua tak cukup. Ditambah pula dengan beg kakak aku, maka lebihan ada dalam 15kg. Jadi BERINGATLAH KAWAN, SILA BAWA WEIGHT SCALE UNTUK TIMBANG BEG SENDIRI. DAN JIKA ADA LEBIHAN, BELILAH BEG LAGI HEHE...

Kami tiba di Doha, Qatar 4 jam selepasnya. Dan pada tengah malam di Doha, kami menaiki Qatar Airways dan tiba di Kuala Lumpur jam 2.30 petang. Perjalanan amat letih walaupun duduk sahaja!!!

SIAPA BOLEH LUPAKAN ISTANBUL? Sehingga catatan ini ditulis, aku masih lagi merindui Istanbul. InsyAllah...jika ada kesempatan dan umur panjang serta diizinkan oleh Allah s.w.t, maka kita akan ketemu lagi.

ISTANBUL, INSYALLAH AKU AKAN DATANG LAGI!!!

Khamis, 5 Disember 2013

TraveLog Istanbul, Turkiye - Ku Tinggalkan Jejak Kakiku Di Sana - Bahagian 5

MAU SHOPPING APA DI ISTANBUL?


PERINGATAN SEBELUM SHOPPING!!!!

WANG TUNAI. Bab yang ni amat penting. Sila tukarkan di Malaysia siap siap sebelum ke Istanbul. Dan jika anda mempunyai kad kredit, yang dikhuatiri peniaga di Istanbul hanya menerima wang tunai sahaja. Kad ATM pastikan boleh digunakan di bank-bank di Istanbul, maksudnya kad ATM seantero dunia la. Sila hubungi bank tempatan di Malaysia untuk memudahkan transaksi.

TURKISH PASHMINA SHAWL

Ok. Sekarang kita cakap pasal shopping di Istanbul setelah puas berjalan melihat tinggalan sejarah Islam Ottoman. Sebenarnya, pembelian yang pertama adalah pashmina shawl yang dijual di pintu masuk Taman Blue Mosque. Dan pada hari itu, pashmina shawl seperti warna-warna di atas dijual dengan harga 10TL hingga 15TL. Tapi kami memilih yang harga 10TL kerana kainnya lebih kurang sama. Ingatan untuk kawan kawan semua yang ingin membeli shawl, TAK PERLULAH MEMBELI DI KEDAI CENDERAMATA KERANA ADA LAGI HARGA YANG LAGI MURAH BOLEH DIDAPATI.

Di mana? BUKAN DI GRAND BAZAAR walaupun sesetengah orang mengatakan Grand Bazaar murah dari tempat lain. Di Grand Bazaar, harga yang diberi adalah 20TL hingga 30TL sehelai. TETAPI JIKA ANDA LEBIH RAJIN DARI BIASA, SILA MENCARINYA DI LUAR GRAND BAZAAR. Tempatnya berada di hujung sekali di kedai-kedai luar dan berhampiran dengan dataran bersebelahan Masjid Beyazit. DAN IA BUKANLAH KEDAI TETAPI JUALAN TEPI JALAN. Pashmina nya amat murah dan dijual pada harga 5TL sehelai. Amat murah dan kualitinya sama dengan yang dijual di kedai cenderamata. DAN INGAT, PASHMINA INI DIJUAL DENGAN TAG TURKI DIHUJUNG KAINNYA SEPERTI GAMBAR DI BAWAH menandakan buatan tempatan. Berbeza dengan yang dijual di Grand Bazaar, tiada tag didapati pada kainnya.



Itulah pashmina yang paling murah kami dapati, harga 5TL sehelai dikira harga berpatutan di kala tempat lain mengenakan harga lebih tinggi. DAN WAKTU PALING SESUAI MEMBELINYA ADALAH SEBELAH PETANG KERANA MEREKA MULA MENJUAL PADA WAKTU TENGAHARI.

FRIDGE MAGNET / PELEKAT PETI SEJUK




Yang ni lah paling banyak dikirim. Dan amat mudah didapati. Seperti biasa, magnet seperti perkataan Istanbul harganya 10TL satu. Dan yang kecik sedikit harga 3-5TL. Dan jika anda bertuah, anda akan menemui pelekat yang harganya 1TL. Tapi bergantung jugak jika pelekat tersebut cantik atau tidak. Jika anda melalui jalan dari Sultanahmet hingga ke Beyazit, anda akan melintasi banyak kedai cenderamata, tetapi anda tidak perlu membeli lagi, cuma perlu melihat untuk perbandingan harga.

BAJU T-SHIRT 

Yang ni pun banyak dikirim tapi sebab mungkin kawan-kawan faham yang t-shirt tidak semurah yang mereka sangka. TAPI MEMANG MURAH!!! Semasa kami berjalan balik dari Sultanahmet ke Fatih/Beyazit, kami sememangnya akan melalui kawasan pejalan kaki yang sibuk dan ramai orang. Tetapi kawasan pejalan kaki itulah yang ramai penjual t-shirt. Dan waktu yang sesuai untuk mencari mereka adalah WAKTU MALAM. TAPI BERJALAN DI WAKTU MALAM, SUHUNYA SEJUK BERBANDING SIANG IAITU ANTARA 9-11 darjah celsius. Jadi gunalah baju tebal sikit yerr...

Kedai Cenderamata? Jangan! Sebab mereka dah letak awal-awal depan kedai " NO BARGAIN PLEASE". Jadi jualan t-shirt di tepi jalan amat murah. Satu lagi di luar Grand Bazaar, tempat yang sama Pashmina Shawl dijual. Dan jangan terkejut di luar masjid-masjid ada dibuka meja untuk jualan sementara. Aku dan isteri aku dipujuk oleh seorang penjual, siap bagitau " VERY CHEAP, 10TL ONLY" . Oleh kerana 10TL aku beli banyak sebab 10TL memang murah gilerrr!!!! 

Ni HRC tak berapa nak ori okkkkk...

Dan ada seorang member aku kirim baju Hard Rock Cafe Istanbul. Special Edition!!! Hahaha!! Cer tengok gambar bawah hehe..


Hakikatnya, ni aku nak bagitau, HRC di Istanbul baru plan nak bukak. Jadi ini promo sahaja yerr..tapi kainnya memang mahal dalam 30TL hehehe!!!

KASUT SUKAN/KASUT KERJA

Yang ni memang jual melambak la, tapi harganya mahal sedikit. DAN TAK ORI YERR...TAK MACAM MINYAK WANGI. TAPI JAHITAN KASUT AMAT KEMAS DAN CANTIK. Meh tengok kasut aku hehe...harganya 35TL bersamaan RM70. Nak cari kedainya, ada di luar Grand Bazaar. Dan jangan malu-malu untuk tawarkan harga sehingga dia menarik anda semula ke dalam kedai. Kekadang kita pun kena kejam jugak hahaha!!!



Lebih kurang 20TL
 
Yang ni 20TL..kedainya di luar Grand Bazaar, tapi jauh sikit

Yang ni cuma 15TL...santek takkkk???!!!
Ok...yang ni murah. Kasut kulit 19TL..hehe..kulit tuuu!!!

Gambar atas ni gambar anak aku, tengok kasutnya....tau tak berapa harga????? 15TL sahaja!! Murah tu!! Tapi kedainya susah sikit nak cari, kena berjalan lama sikit dari Grand Bazaar. Yang aku ingat, bersebelahan dengan dinding masjid. Tapi nak cari kasut sebegini, kena cari kedai kasut yang betul-betul...dan kadang-kadang ada jugak yang clear stock yang bukak booth tepi jalan. Haaaa..yang ni memang murah lah...dalam 20TL. Memang tak ori, tapi jahitannya kemas. Jadi sebelum membeli kasut, tengok dulu jahitannya.


MANISAN

Yang ni dah disebut dalam Bahagian sebelumnya. Tapi elok membelinya di Spice Bazaar sebab tempat lain seperti di Sultanahmet, Gulhane, Sirkeci pun ada jugak kedainya. Tapi mungkin tak boleh nak tawar harga hehe...



HANDBAG

Yang ni lagi best!!! Beg-beg yang 'berjenama' dijual di tepi jalan hahaha!!! DAN DIBUKA MALAM SAHAJA DI LORONG-LORONG DI FATIH, ISTANBUL..hehe..


Kakak aku sedang memilih beg idaman hehe




CENDERAMATA DAN HIASAN

Yang ni seperti gambar di bawah banyak dijual di kedai cenderamata. Harga dari 10TL ke 20TL. Boleh tawar lagi. Satu pengalaman yang best ialah satu kedai di Cemberlitas yang kami masuki, apabila mengetahui yang kami orang Malaysia, terus memainkan lagu  "BALIK KAMPUNG" kaaauuuu!!! Hahahaha!! Lucu la orang Turki tu...tak sempat nak ambik gambar sebab kedainya kecik dan ramai orang...




BARANG-BARANG KULIT YANG LAIN - WALLET DAN JAKET

Yang ni banyak terdapat di Grand Bazaar. Tapi jika anda rajin berjalan, banyak kedai kulit ni di sepanjang jalan melalui lorong dari Grand Bazaar ke Spice Bazaar. Tapi mungkin letih sedikit, rasanya tak salah jika kita window shopping jika tak mahu membeli..


LAIN-LAIN LAGI? RASANYA ITU JER YANG KAMI BANYAK BELI HEHE...

PERINGATAN!!!

Yang ni penting..hehe!! Beli beli beli lepas tu overweight haha!! Kalau ramai jangan risau yerr...insyaAllah..boleh la masuk tu...kalau tak yakin belilah yang macam ni...dan bawak ke Istanbul atau tempat lain yang kita lawat...


Jika tak cukup beg, di tepi-tepi jalan hotel insyaAllah confirm ada jualan beg tarik yang murah..dalam 40-50TL. Yang tu kecik la..yang besar sikit mungkin mahal.

Dan jugak, jika anda membeli barang tajam, silalah bersedia jika diperiksa oleh Kastam Turki di Ataturk Airport. Dicadangkan letak dalam beg berasingan dan senang dibuka, sebab beg aku dulu "terpecah" semasa tiba di KLIA..sebab bukak tutup dan zip tak tahan huhu...


BERSAMBUNG LAGI YERR!!!






Rabu, 4 Disember 2013

TraveLog Istanbul, Turkiye - Ku Tinggalkan Jejak Kakiku Di Sana - Bahagian 4

MENERJAH DUNIA TURKI PURBA

Pernah dengar cerita Kuda Kayu Troy? Kalau tak baca, mesti pernah tengok filemnya. Kalau dua-dua tak pernah,  tengok gambar bawah.


Sekarang tau kan? Tau tak, Troy sebenarnya terletak di Turki. Yaaaaa...semua orang ingat Greek dan Rome, tapi yang itu lain. Yang ini pun lain. Cuba tengok peta bawah:


Ini adalah peta lama Turki. Dan untuk pengetahuan tuan tuan, tanah Turki ini adalah tanah purba yang didiami oleh pelbagai tamadun sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kenapa aku nak cerita ni? Sebab aku dah ke Muzium Arkeologi Istanbul hahaha!!!

Bayaran masuk hanya 10TL sahaja.
Di mana terletaknya muzium ni? Bersebelahan dengan Istana Topkapi. Selepas minum pagi, kami mendaki bukit lagi (yang mana tiap hari kami daki. Yang peliknya sakit sendiku hilang..Alhamdulillah). Dari Stesen Beyazit, kami naiki tram (dah pandai naik dah, beli token 3TL dan masuk, itu jerrr hehe..) kami berhenti di Stesen Gulhane untuk ke muzium tersebut.


Pintu Masuk Muzium
Apa yang best dalam muzium ni? Ni nak bagitau, kalau aku tak masuk mungkin sampai sekarang aku tak tau apa itu A.D dan B.C...hehe! Tourist guide kami yang bagitau tu tau! Hahaha!! Abang ipar aku bagitau, A.D merujuk kepada After Death, iaitu selepas kewafatan Nabi Isa a.s. dan B.C disebut sebagai Before Christ (sepertimana di sebut oleh penganut Kristian). Terlalu banyak sejarah purba Turki. Dari Tuhan-tuhan mereka sehingga ke pahlawan mereka yang kita sering tonton di filem.


Bell Of Galata Tower

Cer teka kepala sapa ni? Inilah wajah Alexander The Great
Bestnya mengikuti Sejarah Turki dari sejarah purbanya sehinggalah ke sejarah terbinanya Empayar Ottoman. Begitu seronok membaca serta melihat tinggalan sejarah yang berusia ribuan dan ratusan tahun dahulu.




Misi Mencari Nasi Di Istanbul

Jam menunjukkan jam 11.30 pagi waktu Istanbul. Dah 3 hari pakcik tak makan nasi. Dari hari pertama hingga ketiga, tak jumpa betul-betul nasi yang betul masuk selera kami. Cuba lihat gambar makanan yang dipost dalam bahagian pertama hingga ketiga, memang ada nasi tapi macam nasi pulut. Tapi itu jugaklah yang kami bedal. So aku berinisiatif untuk mencari nasi briyani ataupun Turkish cuisine yang ada nasi tak seperti yang kami dapat 3 hari lepas. 

Aku search di internet dan akhirnya jumpa. Lokasinya tidak jauh dari Blue Mosque dan nama restoren itu ialah Dubb Ethnic Restaurant. Memang class restoren ni. Tapi masa sampai tu, restoren tutup lagi. Katanya bukak jam 12.30 tengahari. Oleh kerana lapar, kami tunggu jugak hahah!!


Kalau nak cari, boleh cari guna Gugel atau Trip Advisor

Rupanya restoren ni memang terkenal di kalangan pengunjung Trip Advisor serta pelancong luar dan mendapat rating yang tinggi di kalangan orang luar. Restorennya cantik, simple serta makanannya pun sedap. Oleh kerana nasi menjadi sasaran, maka kami memilih Indian Cuisine iaitu Nasi Briyani...memang sedap dan harganya 17TL sepinggan. Bedal je laaa...Serta side dishes...aku pun taktau namanya hehe..



Masa pada hari itu berlalu terlalu pantas, maka kami pergi ke Spice Bazaar sekali lagi dan kali ini kami menaiki tram ke Stesen Eminonu. Yalah..kalau tak guna taktau yang sebenarnya dekat amatttttt dengan stesen sebenarnya hehe..tujuannya, mencari penjual minyak wangi hehe..nak borong..hehehe..

Semasa perjalanan balik, sempat lagi aku bergambar dengan kenderaan Majlis Metropolitan Istanbul (entah ye tidak namanya..hehe)

Ini jenis kereta kontot ni..yang Mercedes punya..hehe..kaya kan mereka..

Ok..done for today..belum shopping lagi? Sebenarnya sudah..shawl sikit dan minyak wangi serta fridge magnet...tapi yang betul-betul lagi belum hehehe...


BERSAMBUNG LAGI...