Halaman

Sabtu, 23 Jun 2012

Mee Lidi a.k.a Mee Talam Goreng - Only In Pekan, Pahang

Assalamualaikum kawan-kawan dan Selamat Hari Sabtuuuzzzzzzzz....(tido best kan!)

Mee lidi? Mee talam? kahkahkah!! Mesti korang tergaru-garu kapla korang yang tak gatal tu kan? Mana la nak carik mee lidi a.k.a mee talam..kalo korang gi restoren mamak double kat presint 9 tu, kalo korang tanya..

"Ane..mee talam satu..kalo takda mee talam, mee lidi lah..."

"Dey !!!! Macha!!! Apa macha suda gila kaa?? itu lidi mana bole buat mee...!!!"

Samada ane tu kena dusyum oleh korang..lepas tu korang kena banned seumur hidup dari menjejak kaki kat restoren tu..kahkahkah!!!

Dey! Ane Engava!!!! (Pakcik! Mari sini!) hahahaha!!!

Mee lidi atau mee talam ni sebenarnya hanya terdapat di Pekan, Pahang. Cer tengok gambo kat bawah tu. Ada macam bungkus spaghetti tak? Yalah, kalo jumpa kat tesco ke, carrefour ke..sah takkan jumpa..sebab mee lidi hanya ada di Pekan, Pahang!

Macam bungkus spaghetti kan???


Kenapa namanya mee lidi? Sebab bentuknya macam lidi..yalah..kalo bentuk nya macam beskal..of coz la mee beskal kan?

Kenapa mee talam? Sebab kalo makcik kat Pekan tu jual guna talam jer..(yerla..macam la benda lain tak jual guna talam kannn??) hahahahaha!!!

So, kengkawan...nah...kalo rajin pegi la ke Pekan dan carik mee lidi ni..sebungkus murah jer...RM1.00..dulu  harganya 90 sen jer..sekarang dah naik seposen sebab harga minyak naik...lagi mao tanya kaaa??

Bahan-Bahan:

1 peket mee lidi (direbus dulu dan ditus sehingga kering)
2 ketul ayam (dipotong kecil)
Daging (dipotong kecil)
1 biji telur
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Garam
Serbuk perisa
Cili kisar

Cara-caranya:

Mee direbus terlebih dahulu tetapi jangan terlalu lembik. Angkat dan tuskan. Tumis cili kisar sehingga naik bau dan masukkan ayam dan daging. Biarkan seketika.

Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Sekiranya pekat, masukkan sedikit air. Pecahkan telur dan kacau seketika, masukkan garam dan serbuk perisa. Akhir sekali masukkan mee dan kacau seketika. Kemudian bolehlah diangkat dan ditabur sedikit daun sup atau bawang sebagai hiasan...

Nah!!! Mee Lidi korang dah siap!

Baca Bismillah!  Bon Appetite..

Tadaaa...!!!! Serupa mee goreng basah! Kalo mamak double tu tengok, mesti dia cakap...dey!! ane!! ini mee goreng mamak laaa!! Sukati ko la ane!!! Hahahaha!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan