Halaman

Sabtu, 26 Mac 2011

Lala Masak Bercili - Special For My Sister...hehehe

Haaaaa...yang ni takyah la nak intro..oleh kerana kakak aku nak mai rumah aku dan dalam FB asyik sebut nak lalalalalalalala..hahaha!! so, adik ipo dia buat la alalalalalala masak cili..ermmm..jangan cakap laaa...memang sodap gitu!!!

So, no more wasting time..kalo korang ada kat rumah aku..memang aku jemput la makan..tapi sebab korang takdak, so kita orang je laa yang bedal neh..hahahah!! oleh kerana resepinya pernah dipaparkan, so takyah la yeee...

Simple One - Puding Roti

Benda ni dah lama isteri aku suruh postkan dalam blog..tapi ye laaaa..ingat ..lupa balik..ingat..lupa balik..bak kata bapak aku.."Jangan ingat..!!" hahahahah!!!

Okla...malas nak buang masa lagi..sebab aku lupa dah kenapa dan bila aku makan ni..tapi yang paling aku ingat..puding roti hasil air tangan isteriku ini..memang sodap seyyy..!!!

 CARA-CARANYA:

1 paket agar-agar
2-3 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan air suam)
1 1/2 tin susu cair
5 sudu besar gula 
6 keping roti gardenia (di'blender' dengan susu cair)
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH PUDING

1 tin susu cair
½ tin air 
Gula (Anggaran manis) 

CARA MEMBUAT PUDING ROTI:-
 
Masak agar2 dengan air hingga agar-agar menjadi larut. Kemudian masukkan susu cair yang sudah diblender bersama roti dan kacau hingga sebati.Kemudian masukkan tepung kastard yg sudah dibancuh dgn air suam td kedlm agar2 td dan dikacau supaya tidak berketul2 dan akhir sekali masukkan gula dan kacau bagi sebati & biarkan mendidih.
Angkat & tuangkan kedalam loyang.

CARA MEMBUAT KUAH PUDING:- 
 
Masukan susu cair,air , gula dan masak hingga gula larut.Bahan2 ni hendaklah sentiasa dikacau.Dan perlu diingat hendaklah guna api yg kecil takut susu menjadi hangus...  Masak hingga agak pekat. Biarkan sejuk. 



PS:PUDING ROTI NI SEDAP DIMAKAN BERSAMA BUAH2AN DLM TIN (KOKTEL...)

Saturday Special - Sup Tulang Pedas

Salamzzz...

Sudah lama gua tak update blog...malas pulak..asyik outstation jeee....dah tu bila balik tu, malas la sesangat...ermmm...oleh kerana terlalu banyak la masakan isteri aku yang aku tak post sebab aku sibuk dengan kerja kat opis tu...

Macam ni la...hari ni Sabtu, so of course le hari yang special sebab hari cuti..apa lagi....aku punya anniversary tak le lambat, khamis depan ni jee...so, isteri aku dah masakkan satu sup yang tersangat sedap..tetapi pedas juga..sebab tu nama Sup Tulang Pedas...actually resepi ni wife aku ambil dari satu website...nama Potret Kasih (http://www.potretkasih.com/2010/07/22/sup-ekor-pedas/) ....so, untuk bagi kredit kepada tuan punya web site tu, aku syorkan korang supaya pergi ke web site tu sebab banyak resepi yang mengancam seyyy...

TETAPI..ada tetapinya...oleh kerana Sabtu adalah hari kreatif untuk family aku, so wife aku tukar sikit, bukan guna ekor lembu...guna tulang cukup laaa...so nikmatilaaa...

4oo gm  ekor lembu
1.25 lter air
4 sudu makan minyak masak
2 batang serai
2 tangkai daun sup
2 sudu bawang goreng
jus limau nipis secukupnya ( resepi asal tak letak )

Bahan kisar

8 biji bawang merah
2.5 cm halia
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
3 sudu teh lada hitam
3 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
garam

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga berbau harum.
2. Kemudian masukkan air rebusan daging dan juga serai. Biar mendidih untuk seketika.
3. Setelah itu masukkan sup ekor yang telah direbus dan didihkan dengan api perlahan selama 20 minit.
4. Keluarkan minyak yang terdapat dibahagian atas sup, masukkan jus limau, sesuaikan rasa dan taburkan dengan daun ketumbar serta bawang goreng diatasnya.
5. Sedia untuk dihidangkan.

                                          Perghhh!!!! nampak tak tulang tu?? hhehehee...