Halaman

Ahad, 8 Disember 2013

TraveLog Istanbul, Turkiye - Ku Tinggalkan Jejak Kakiku Di Sana - Bahagian Akhir



SIAPA BOLEH LUPAKAN ISTANBUL, KOTA DUA BENUA

Ke Mana Lagi?

Shopping kiranya dah 70 persen selesai. Tapi ada lagi tempat yang perlu di lawat. Next, Topkapi Palace. Dibina oleh Sultan Muhammad Al Fatih atau di kalangan rakyat Turki dipanggil Mehmet II pada 1453. Menjadi kediaman Sultan-Sultan Empayar Ottoman sejak kejayaan penaklukan Konstatinopel/Istanbul.

Pintu Masuk Topkapi Palace
Planning hari tu memang nak masuk ke Topkapi Palace selepas ditutup semasa kami melawat Muzium Arkeologi tempoh hari. Tetapi apabila diberitahu bayaran masuk adalah 40TL, kami batalkan niat kerana terlalu mahal. Masuk Hagia Sofia baru 25TL, mungkin kami dah terlalu letih untuk melawat kawasan bersejarah kerana tumpuan pada masa itu hanyalah shopping sahaja hehe..

Selepas Topkapi, tourist guide kami bawa kami melawat satu lagi muzium, Istanbul Modern Arts Museum (muzesi dalam bahasa Turki). Menaiki tram dari Gulhane ke Kabatas melintasi Jambatan Galata, tidak jauh dari Galata Tower. Apa yang menariknya muzium seni ni? Menarik bagi mereka yang mencintai seni, tapi tidak bagi kami. Hanya menikmati gambar-gambar yang dilukis oleh pelukis-pelukis tersohor Turki.


Pintu Masuk Istanbul Arts
RUPANYA ADA NASI MURAH KAT ISTANBUL..

Mencari nasi di Istanbul, jika betul tempatnya, seperti contohnya di kediaman Fatih, maka kita akan mudah menemui nasi murah namanya Nasi Pilav. Dah berapa hari makan nasi yang mahal saja, jadi jika berbelanja 2TL untuk makan malam, amat murah. Nasi Pilav asalnya dari Asia Barat dan Asia Tengah dan pernah dinikmati oleh Alexander The Great. Nasinya mudah saja, cuma ayam dan nasi yang sedikit berminyak. Tetapi tawar yeee...hehehe...kena bawak sos untuk bagi sodapppp!!!



ISTANBUL DI WAKTU MALAM

Salah satu niat aku apabila tiba di Istanbul, ialah menikmati waktu malam di Istanbul. Jadi kami pergi dari Beyazit menaiki tram ke Tophane untuk melihat sunset di tepian Selat Bosphorus.

Jam 6.45 petang, tram yang penuh dengan warga Istanbul. Maka kami sempatlah menikmati sunset di selat.

Angin kuat dan sejuk tidak menghalang pemancing dari meneruskan aktivit mereka


Selepas menikmati sunset, kami terus ke Taman Blue Mosque untuk menunaikan hasrat aku untuk melihat Sultanahmet Camii atau Masjid Biru di waktu malam. Turun di Stesen Sultanahmet dan terdapat ramai manusia waktu ini.


Cantik kan?
Lapar? Di Taman Blue Mosque ada Lempeng. Kita pilih coklat dan keju
Jam 7.30 malam. Masanya untuk kami balik, tapi aku dan isteriku memilih untuk berjalan kaki balik ke hotel. Pada masa ini kita akan menemui penjual t-shirt, penjual pelekat peti sejuk, makanan ruji Turki seperti roti dan sebagainya. Tetapi satu pengalaman yang akan sentiasa diingati oleh aku dan isteriku semasa berjalan balik waktu malam adalah gelagat penjual aiskrim Turki. Amat lucu dan menghiburkan. Gelagat penjual aiskrim ni boleh ditonton dalam Istanbul Aku Datang. Aku cuba nak upload tapi susah pulok...karang lah yerrr...hehehe...



Suasana malam di Sultanahmet...cantikkan?
MELAWAT ISTANBUL ASIA

Istanbul Asia? Jadi kami di mana? Kami di Istanbul Eropah. Oooo...sila tengok gambar yerrr...

Tourist guide kami cadangkan kami untuk melawat Istanbul Asia. Yaa...sebelum balik Malaysia kena melawat tanah tu hehe...jadi kami menaiki feri dari Eminonu dengan bayaran 3TL. Menaiki feri jam 6.00 petang di Istanbul bukan sekadar menyaksikan ramai warga Turki pulang dari kerja, tapi dapat merasai angin Bosphorus yang sejukkkk amat.





Apabila tiba di sebelah Asia, kami melihat terlalu ramai warga Turki berpusu-pusa keluar dari feri dan menuju ke stesen bas. Dan saat ini, suhu di Selat Bosphorus adalah 9 darjah celsius dan amat sejuk sekali.

Sejuk teramat.masa ni glove wife terlupa plakk hehe

Ada jugak kaki pancing sini yerrr.

Sejoknyerrrr...
SOLAT JUMAAT DI SULTANAHMET CAMII

Satu perkara yang aku inginkan dan dah bagitau tourist guide awal-awal, aku ingin solat Jumaat di Blue Mosque sebelum balik ke Malaysia. Dan pada pagi Jumaat, sekali lagi kami memanjat bukit di Fatih tu untuk ke Sultanahmet. Pagi itu tak terlalu panas dan masjid ditutup sejam sebelum azan. Mengambil wuduk pada waktu ini amat mencabar kerana airnya terlalu sejuk.


Seperti biasa, masjid amat penuh. Dan sudah tentu, khutbah dalam bahasa Turki dan Arab.


Yang tinggi tu mimbar dia. Bayangkan imam kena naik setinggi itu.

SABTU 26 OKTOBER 2013, KU RASA TAK HENDAK PULANG!!!!

Sudah tiba masanya untuk kami pulang ke Malaysia. Hati terlalu sedih kerana terlalu banyak perkara yang terbaik di sini. Apabila mengenangkan kehebatan Sultan Muhammad Al Fatih, Sang Penakluk Konstatinopel, kita sememangnya mempunyai tamadun yang hebat sejak zaman Rasulullah s.a.w. SUBHANALLAH!!!

Kita cuma lupa dengan ingatan Allah s.w.t dan pesan Rasulullah s.a.w bahawa dunia yang kita pegang walaupun separuh dunia hanya sementara. Disebabkan lupa, rakus dengan kekuasaan dunia dan harta, pemimpin Islam zaman dahulu menjadi alpa dan kalah dalam peperangan demi peperangan. Namun kita bernasib baik kerana Allah s.w.t membiarkan Istanbul terus di tangan orang Islam berbanding Baitul Muqaddis/Jerusalem yang terus dicengkam orang kafir.


Sempat aku mengucapkan terima kasih kepada pengurus Istanbul Sydney Hotel yang amat peramah dan baik hati. Bilik dikemas setiap hari walaupun hotel itu tengah dalam pembaikan (renovation).

Menaiki MPV Mercedes yang besar dengan bayaran 75TL dari hotel ke airport, kurang 5TL pada hari kami tiba. Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk memang penuh dengan manusia. Flight kami adalah pada jam 7.30 malam. Tetapi abang ipar aku terbang lebih awal dengan MAS iaitu jam 3.30 petang. Lama jugak menunggu, lebih kurang 6 jam tetapi lebih elok jika awal kerana kemasukan ke ruang antarabangsa amat sesak.



Seperti gambar wife aku di atas, beg-beg macam banyak dan berat kan? Salah sama sekali!!! Kami ada lebihan dalam 10 kilo lagi kerana aku sangkakan 46kg untuk kami berdua tak cukup. Ditambah pula dengan beg kakak aku, maka lebihan ada dalam 15kg. Jadi BERINGATLAH KAWAN, SILA BAWA WEIGHT SCALE UNTUK TIMBANG BEG SENDIRI. DAN JIKA ADA LEBIHAN, BELILAH BEG LAGI HEHE...

Kami tiba di Doha, Qatar 4 jam selepasnya. Dan pada tengah malam di Doha, kami menaiki Qatar Airways dan tiba di Kuala Lumpur jam 2.30 petang. Perjalanan amat letih walaupun duduk sahaja!!!

SIAPA BOLEH LUPAKAN ISTANBUL? Sehingga catatan ini ditulis, aku masih lagi merindui Istanbul. InsyAllah...jika ada kesempatan dan umur panjang serta diizinkan oleh Allah s.w.t, maka kita akan ketemu lagi.

ISTANBUL, INSYALLAH AKU AKAN DATANG LAGI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan