Halaman

Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan

Rabu, 31 Julai 2013

Spaghetti Bebola Daging

Assalamualaikum wbt...

Waahhh....lama kan tak update...bukan apa...nak update blog hanya untuk update masakan yang baru...so Chef Nadiah lepas habis pantang hari tu, takde ler masakan baru...so sepanjang lepas bulan Mei hari tu sehingga sekarang, memang tiada apa yang baru melainkan yang dah ada tapi diperbaiki sikit la..tapi rasa tetap SEDAP!!!!

Lagipun, sejak blog ini wujud, berapa banyak dah masakan yang Chef Nadiah..bukan sikit tau..banyak..kalo ulang-ulang tu, memang tak habis tahun hahaha!!

Then, masuk la bulan puasa..dan tetiba pulak aku kena gastrik..tapi tak tinggal puasa lagi tau. Ni betul betul sakit ni...isk..isk..kena jugak kat Chef Nadiah..dan bermulalah hari hari tanpa nasi..isk isk...tapi rupanya alhamdulillah..dengan makan tanpa nasi ni..memang elok..perut pun Alhamdulillah ok...then doktor suruh minum susu kambing, aku pun minum lah..

Ni kira nak sekali harung ni hahaha!!!

Jumaat lepas berbuka di Restoren Mohd Chan Abdullah..seperti yang pernah dipost kat sini dulu:

http://airtanganisteriku.blogspot.com/2013/02/baekkkk-punya-restoren-restoren-mohd.html







Dan puasa ni jugak, masakan-masakan yang pernah dipost sebelum ini....sila ke link berikut:




http://airtanganisteriku.blogspot.com/2011/06/mee-goreng-basah-beza-memang-berbeza.html

http://airtanganisteriku.blogspot.com/2011/02/mee-kari-air-tangan-turun-temurunmother.html


Dan pada 2 hari yang lepas, Chef Nadiah telah memasak Spaghetti Bebola Daging..jom tengok resepi nyerr hehehe:

BAHAN-BAHANNYA:

Of coz spaghetti tak kira jenama. Tapi aku carik yang ada logo halal. (Pastikan bukan yang halussssss hehe)

Dan of coz la daging cincang, beli yang halal ekk.

Dan of cozzz jugak, sos spaghetti. Kata Chef Nadiah, sebotol kecik untuk separuh spaghetti, sebab sebungkus spaghetti tu memang banyak..(baik bos!)

Bawang putih dan bawang besar sikit

Dah nama spaghetti bebola daging, kena lah ada bebola dagingnya kan..hehehe

CARA-CARANYA:

Rebus spaghetti hingga empuk. Masa mengangkat selepas rebus pastikan letak satu sudu minyak untuk elak melekat.

2 ulas bawang putih dipotong kecil (dadu)

1 biji bawang besar potong bentuk dadu dan tumis bersama bawang putih

Kemudian masukkan daging cincang dan biarkan seketika.

Masukkan bebola daging. Gaul dan biarkan empuk.

Dan akhir sekali masukkan sos spaghetti serta gaul. Jika pekat, tambah air yerr..

Yerrr puan-puan..tadaaaaa!!!



Spaghetti tu silap beli..hehehe...sepatutnya beli yang besar sikit...







Jumaat, 22 Jun 2012

Sup Tulang - Menu Berbuka Puasa 1 Syaaban 1433

Yang ni berbeza dari Sup Tulang Pedas..tengok entri yang lepas yerrr...

Bahan-Bahannya:

Tulang 1 kilo
Daun sup
Daun bawang
Tomato
Garam
Perisa
Jus limau nipis
Daun limau purut
Sedikit gula
Rempah ratus (bunga lawang+buah pelaga+kulit kayu manis)

Bahan yg ditumbuk halus:
sup bunjut tulang (adabi)
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia 1/2 inci

Cara-caranya:

Rebus tulang sehingga empuk. Sementara itu, tumis rempah ratus dan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk rebusan tulang. Masukkan sup bunjut, daun limau purut dan tomato.

Akhir sekali masukkan sedikit gula, garam, serbuk perisa dan jus limau nipis. Gaul sebentar dan bolehlah diangkat dan tabur daun sup serta daun bawang dan boleh lah dihidangkan...

Alhamdulillah....Semoga puasaku diterima Allah swt...

Yang ni waktu direbus yerr..!!!


Tu Sup Tulang boleh nampak kan?? Aku sebenarnya lupa nak ambik gambar solo..ahaksss!! Confirm kena marah Chef Nadiah pas ni..!!



Sabtu, 26 Mac 2011

Saturday Special - Sup Tulang Pedas

Salamzzz...

Sudah lama gua tak update blog...malas pulak..asyik outstation jeee....dah tu bila balik tu, malas la sesangat...ermmm...oleh kerana terlalu banyak la masakan isteri aku yang aku tak post sebab aku sibuk dengan kerja kat opis tu...

Macam ni la...hari ni Sabtu, so of course le hari yang special sebab hari cuti..apa lagi....aku punya anniversary tak le lambat, khamis depan ni jee...so, isteri aku dah masakkan satu sup yang tersangat sedap..tetapi pedas juga..sebab tu nama Sup Tulang Pedas...actually resepi ni wife aku ambil dari satu website...nama Potret Kasih (http://www.potretkasih.com/2010/07/22/sup-ekor-pedas/) ....so, untuk bagi kredit kepada tuan punya web site tu, aku syorkan korang supaya pergi ke web site tu sebab banyak resepi yang mengancam seyyy...

TETAPI..ada tetapinya...oleh kerana Sabtu adalah hari kreatif untuk family aku, so wife aku tukar sikit, bukan guna ekor lembu...guna tulang cukup laaa...so nikmatilaaa...

4oo gm  ekor lembu
1.25 lter air
4 sudu makan minyak masak
2 batang serai
2 tangkai daun sup
2 sudu bawang goreng
jus limau nipis secukupnya ( resepi asal tak letak )

Bahan kisar

8 biji bawang merah
2.5 cm halia
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
3 sudu teh lada hitam
3 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
garam

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga berbau harum.
2. Kemudian masukkan air rebusan daging dan juga serai. Biar mendidih untuk seketika.
3. Setelah itu masukkan sup ekor yang telah direbus dan didihkan dengan api perlahan selama 20 minit.
4. Keluarkan minyak yang terdapat dibahagian atas sup, masukkan jus limau, sesuaikan rasa dan taburkan dengan daun ketumbar serta bawang goreng diatasnya.
5. Sedia untuk dihidangkan.

                                          Perghhh!!!! nampak tak tulang tu?? hhehehee...

Ahad, 20 Februari 2011

Daging Pekasam Masak Lemak Cili Api - Spesel punyaaaa beb!!!

Aku balik dari Port Dickson semalam, isteri aku menyapa aku (tu kira peluk cium la…3 hari takda kat rumah)
“Bang, esok ada masakan spesel untuk abang? “ Aku terpaku….(Yela..ko baru masuk rumah, pastu isteri ko terus terus cakap nak masak spesel, otak masih lagi tertinggal dalam kereta tu…sebab malamnya ada program Kementerian, kena join…nafas pun tak sempat lagi tu..)

“Gapo dio? “ Ceh! Tanya ‘berkecek Kelate’ tu..

“Daging pekasam masak lemak cili api..” Perggghhh!!! Aku dengar, mencanak-canak otak aku keluar dari kereta mencari aku..sebab daging pekasam ni terbukti sedap..isteri aku selalu buat tahun lepas…dengan itu, disebabkan aku dah ‘kesedapan’ makan tengahari tadi, maka dengan baik hatinya aku persembahkan korang hasil air tangan isteriku..aku tau kat luar tu banyak, tapi yang no spesel skit..sebab DIA ISTERIKUUUU…HAHAHAHHA!!

Daging pekasam
(Daging mentah diperap bersama asam keping dan garam. Daging ni tahan lama. Kalo diperap, makin lama makin sedap)
Santan
Ajinomoto
Cili api 9 biji*
½ inci halia*
Bawang merah 4 ulas*
Serai sebatang-dititik

Bahan-bahan yg bertanda *hendaklah dikisar

Cara-caranya:

Masukkan bahan –bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama daging pekasam dan juga santan. Lepas tu hendaklah dikacau –kacau takut nanti santan jadi berketul-ketul…kemudian masukkan serai dan ajinomoto dan kacau lg sehingga daging betul-betul masak….

p/s: garam dan asam keping tak perlu dimasukkan kerana daging pekasam ini dah masin dan masam…so, apalagi..MAKAN LAAAAA!!!...