Halaman

Memaparkan catatan dengan label Kuih Tradisional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih Tradisional. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Jun 2012

Air Tangan Aku!! - Musnah, Rosak, Hancur!!!!

Haaa....yang ni korang jangan ikut ok??!!! Sebab punya la nafsu nak makan, aku amik la benda alah yang anak aku suka makan..lupa dah nama...dengan kerasnya berminggu-minggu dok dalam peti sejuk, aku letak atas pinggan plastik (microwave boleh masuk) dan masuk ke dalam microwave aku....

Aku pusing ke HIGH.. dengan harapan dia akan lembut dan sedap dengan cepat...

Aku pusing ke 3 minit..dengan harapan-harapan palsu...

NAH KAU!!! KORANG TENGOK LA KAT BAWAH...jadi la melekat kat pinggan, keras macam batu dan langsung takleh makan..

ITULA ORANG KATA..lainkali ikut la cakap bini..ni main terjah..mana nak jadi..adessss!!! (nasib baek ada baki lagi boleh simpan dan makan..huhu!!)

Hambekkkk kauuu!!!!

Rabu, 28 Disember 2011

Buah Melaka

Ni satu lagi.....
Hasil air tangan isteriku...
Bahan-bahan:
1.    Tepung pulut
2.    Gula Melaka dipotong kecil-kecil
3.    Kelapa parut putih digaul garam
4.    Pewarna hijau
5.    Air

Cara-Cara:
1.    Gaul tepung dengan air dan masukkan pewarna hijau..gaul sehingga tepung menjadi doh.
2.    Bentukkan bulat-bulat kemudian leperkan sedikit dan masukkan gula Melaka yang dipotong kecil di tengah-tengahnya kemudian bulatkan balik
3.    Kemudian masukkan ke dalam air yang direbus sehingga timbul kemudian angkat dan gaulkan di dalam kelapa parut tadi.
4.    Sedia untuk ‘dingap’!!!
Sedappppppppppp!!!!!

Cek Mek Molek

Assalammmualaikum..

Lama betul la tak update blog neh..ntah apa yg difikir pon tak tau..tapi yg pentingnya..makan makan dan makan..utk hidup..bukan hidup untuk makan...

So, boys and girls..ladies and gentlemen...oleh kerana diasak beberapa kali oleh Chef Nadiah beberapa kali untuk menyiarkan kuih tradisional tempatan..nah ..amek kau..!! (ayat Ameera - boboiboy kuasa tiga amekkkauu!!)...

Bahan-bahan :-
Ubi keledek
Tepung gandum
Gula secukupnya untuk inti

Cara-cara
  1. Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Kemudian lenyek hingga betul-betul lumat (semasa tengah panas-panas lagi) dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil-kecil menjadi bujur .
  2. Kemudian doh tadi dileperkan dan masukkan sedikit gula dan bentukkannya semula  menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan di dalam kuali yang berisi minyak yang panas.
  3. Sedap kan? Kan? Kan???
  4. Dan seterusnya..makan bersama air nescafe yang kaw...hasil air tangan isteriku...