Halaman

Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan

Isnin, 17 September 2012

Sayur Sawi Masak Tumis Air Bersama Bebola Daging - Special 17 Sept 2012


Assalamualaikum wbt...

Apa yang boleh dibuat pada masa cuti? Nak pegi jalan-jalan, takda bajet sebab gaji lambat lagi. So berfikir-fikir la nak masak dan makan apa...maka Chef Nadiah pun dapatlah idea...campor sana campor sini makan dapatlah resepi nih!!!

Bahan-Bahannya:

Sayur Sawi 1 ikat
Udang 10 ekor
Bebola Daging
Ikan Bilis (ditumbuk)
Bawang Merah 2 ulas (ditumbuk)
Bawang Putih 2 ulas (ditumbuk)
Cili Api 5 ulas (ditumbuk)

Cara-Caranya:

Tumis bahan-bahan yg ditumbuk sehingga kekuningan dan masukkan udang dan gaul sebentar. Masukkan 1 gelas air dan masukkan bebola daging, biarkan sampai mendidih...Kemudian masukkan garam dan ajinomoto..

Akhir sekali masukkan sayur sawi tunggu sehingga masak dan bolehlah ditutup apinya dan dihidangkan…


Jumaat, 22 Jun 2012

Sawi Batang Putih Goreng - Menu Berbuka Puasa 1 Syaaban 1433


Bahan-Bahannya:

Sawi batang putih
Ayam seketul(dipotong kecil)
Bawang besar 1/2 labu
Kiub pati ayam maggi (1 kiub)
1/2 cawan air
Sedikit garam
Serbuk perisa

Caranya:

Tumis bawang besar sehingga naik bau, masukkan ayam dan gaul sebentar. Tunggu sehingga ayam masak. Masukkan kiub pati ayam dan masukkan 1/2 cawan air. Kemudian masukkan sayur sawi batang putih, garam dan serbuk perisa. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat dan DIMAKAN...SELAMAT MENJAMU SELERA!!