Assalamualaikum wbt!!
Salam Jumaat!!! Taknak cite panjang...dah nak balik dah ni..malas nak update blog kat rumah..hehehe!!
Bahan-bahan:
1 peket agar-agar (25 gm)
3 1/2 gelas air
2 cawan santan
2 cawan air pandan (daun pandan dikisar dan ditapis, ambil air sahaja tau!!)
3 biji telur (dikisar)
4 senduk kecil gula (boleh dilebihkan kalo suka manis...kalo takdak kencing manis lah!!)
1 tin susu cair
Cara-caranya:
Masak agar-agar hingga hancur dan masukkan gula. Kacau sehingga gula hancur, angkat dan tapiskan.
Kemudian agar-agar tadi dimasak semula dan masukkan santan, air pandan dan telur yang telah dikisar tadi, kacau sebentar dan bolehlah dituangkan ke dalam loyang.
Untuk kuah puding:
Susu cair dimasak dan tambahkan 1/2 tin air dan masukkan 2 senduk kecil gula, kacau dengan sebati dan bolehlah dihidangkan.
Untuk hiasan:
Anggur dan kismis - nak bagi lagi sedap (lagipun tu je ada dalam peti sejuk aku..hahahahaa!!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan