Halaman

Jumaat, 16 November 2012

Kari Ikan Bawal (Ikan Duwei)

Assalamualaikum wbt

Salam jumaat....achaner semua? Dah solat Jumaat? Alhamdulillah..makan dah? Try dah resepi dari Chef Nadiah? Kalo belum, banyak lagi resepi dari blog Chef-chef internet/blog ni yang boleh try...kita menyokong satu sama lain kan...

So..ikan duwei? Apa tuhhh? Kalo orang kat sini melihat ikan tu, akan dipanggil sebagai ikan Bawal...haaaaaaa....nah ikan bawal...


Kenal kan? Nah resepinya...orang lain pun resepinya sama...mungkin rasanya lain sikit, masin, masam, ramuan tambahan, santan, kari dan sebagainya...

Bahan-bahan:

Ikan bawal (of coz la!)
Tomato
Bendi
Air asam jawa
Santan
Cili kisar (bawang putih campur bawang merah dan halia)
Rempah ratus (kulit kayu manis campur bunga lawang)
Rempah kari ikan Adabi

Cara-caranya:

Tumis rempah ratus sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan rempah ratus serta biarkan seketika. 

Masukkan air asam jawa dan santan serta kacau seketika. Kalau pekat, masukkan sedikit air dan masukkan ikan bawal.

Apabila ikan dah nak masak, masukkan garam, ajinomoto dan tomato serta bendi, biarkan seketika dan bolehlah ditutup api dan dihidangkan...BON APPETITE!!!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan