Halaman

Isnin, 31 Januari 2011

Murtabak Maggi

Murtabak? Sedapppp...makanan favourite masa puasa..tapi diadunkan dengan maggi. Menarik jugak tu...tapi yang sedihnya...aku belum merasa...ermmm

Takpe...isteriku bercerita...."Hujan...Boring...dan pemilik 'lidah maharaja' iaitu sang suami...sedang berada di luar stesen..kerja mengaudit orang...waktu busan busan begini bisa menghasilkan idea..."

Itu kata dia...sang 'lidah maharaja' belum merasa lagi...tapi aku tau, murtabak maggi memang sedap sebab..ISTERIKU yang memasaknya...selama aku mengahwininya...aku belum pernah menolak apa yang dimasaknya..termasuk la maggi cap mana-mana jenama..hahahaha!!!

Oleh itu, dengan kembang-kempisnya hidung aku ini...aku persembahkan kepada anda semua..kawan-kawanku yang budiman...Murtabak Maggi!!!!!


Bahan-Bahannya:

2 bungkus maggi kari (sudah tentula..itu pelakon utamanya)
4 biji telur (3 pun ok)
½ biji bawang besar (takde pun takpe..no hal)

Cara-caranya:

Maggi direbus terlebih dahulu tapi jangan terlalu lama takut lembik. Rebus dalam 2 minit..(ikut la salam iklan tu..) kemudian diangkat dan tuskan..

Kemudian kepuk (pukul) telur macam telur dadar sehingga kembang sikit dan masukkan bawang sikit (tak letak pun takpe..Aiman tak kisah!!)..akhir sekali maggi yang telah dituskan tadi masukkan sekali ke dalam telur yang dikepuk tadi dan gaul sehingga sebati. …nak elakkan berketul-ketul..

Masukkan sepeket sahaja perencah maggi kari dan gaul sehingga sebati. Yang selebihnya perencah kari boleh bagi kat jiran sebelah…rugi sebab dah belikan..

Panaskan kuali dan masukkan dalam satu sudu minyak masak. Masukkan maggi + telur yang sudah dikepuk (yang tadi tu laaa) ke dalam kuali. Cara buat macam la kita buat telur dadar..alaaa senang je..buat Darjah 3 boleh buat..

Agak-agak dah masak..angkat dan sedia untuk dihidangkan….DAN MIM ALIF KAF NUN…


1 ulasan:

  1. kalo ditambah ngan cili padi ngan sayur pon best gak..nyum2..i like..

    BalasPadam