Halaman

Khamis, 3 Februari 2011

Soto Ayam



Pada pagi yang bening, melintasi lebuhraya Pantai Timur..aku terfikir apa la nak di makan petang ni..selepas tido...rancangnya laaa...tiba-tiba teringat begedil..tapi takkan la nak makan begedil je..so teringat la begedil kat restoren soto di seksyen 8,  shah alam...

..dan aku usulkan kepada tukang masak diraja...(sebab aku lidah maharaja..)...untuk memasak Soto Ayam berserta begedil....perghh!!!

..dan tukang masak terus mengerjakannya untuk santapan suaminya...mungkin anda dah terjumpa di mana-mana ruang dalam internet atau laman web atau blog...tapi nak jugak aku persembahkan kepada anda semua; SOTO AYAM...


Bahan-bahannya utk sup:
Ayam ½ ekor (direbus dan isinya dicarik halus)
Kiub pati ayam (maggi)
Asam keping
Garam
Ajinomoto

Bahan-bahan utk sambal kicap:(di kisar halus)
Bwg putih 3 ulas(dibakar)
Air asam jawa
Kicap manis
Sedikit gula
15 biji cili padi(blh lbhkan klu suka pedas)
2 biji limau kasturi(diambil air limaunya sahaja)

Bahan-bahan utk hiasan:
Suhun(digoreng tp jgn terlalu garing)
Daun sup(di potong halus)
Taugeh
Isi ayam(yg sudah diracik2)
Dan sambal kicap
Bawang goreng

Bahan-bahan utk begedil:
Kentang 3 biji(yg besar2)di rebus sehingga empuk kemudian di lenyek)
Daging(suku kilo) direbus kemudian di cincang halus)
Tepung gandum(5 sudu)
Daun sup
Garam
Telur 3 biji(dikepuk tuk dicelup bersama bergedil)

Cara-caranya (untuk begedil sahaja):
Kentang direbus sehingga empuk kemudian dilenyek bersama daging yg sudah siap dicincang halus,kemudian masukkan tepung gandum,daun sup dan sedikit garam…gaul hingga sebati..kemudian ulilah mengikut cita rasa anda..time nak goreng tu celupkan dahulu ngan telur yg sudah dikepuk dan br goreng.

Dan yang lain-lainnya, tak payah la nak terangkan..senang je nak membuatnya, sebab main campak je..jgn tercampak sudaaaa..
Ok..kawan-kawan…HAPPY EATING AND HAPPY CHINESE NEW YEAR!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan