First time aku rasa sambal ikan bilis ni, memang aku terus jatuh cinta...sebab dengan pedasnya, masinnya dan segala! So aku nak kongsikan la dgn korang la yerr...
Bahan-Bahan:
Ikan bilis - kalau segenggam tu kira banyak la tu..
Bawang merah - kira la segenggam ikan bilis, dua tiga ulas bawang
Cili padi - biasanya 5 atau 7 kalau nak pedas lagi
Garam - secukup rasa
Serbuk perisa
Cara-Caranya:
Kisar bahan-bahan di atas tapi jangan terlalu lumat. Kemudian tumiskan menggunakan api yang sederhana kecil, masukkan garam dan serbuk perisa.
Perlu diingat, bahan-bahan yang ditumis perlu dikacau sentiasa dan jgn ditinggalkan, takut hangus derrr!!! Apabila bahan tersebut nampak kekuningan dan garing, hendaklah diangkat dan dihidangkan!!!
Bon Appetite!!!
![]() |
Yang ni semasa masih ditumis..kaler pun nampak lain kan! |
![]() |
Yang ni siap...kaler lain jugak kan!!! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan