Halaman

Ahad, 24 Jun 2012

Ayam Masak Paprik

Assalamualaikum wbt...

Malas dah nak intro...petang-petang Ahad ni update blog dengan mata kocik teramat..ngantuksss!!

Bahan-Bahan:

Ayam (dipotong kecil)
Carrot/Lobak merah (dipotong kecil)
Kacang panjang (dipotong kecil)
Cili kisar
Sos tiram
Sos Cili
Sos tomato
Garam
Serbuk perisa
Bawang besar (1 labu - dihiris nipis)
Daun limau purut
Serai (diketuk sikit)

Cara-Cara:

Tumis cili kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan tunggu sehingga empuk. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Sekiranya pekat, masukkan sedikit air.

Masukkan carrot dan biarkan empuk sedikit. Masukkan kacang panjang, bawang besar, serai, daun limau dan kacau seketika. 

Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perisa. Kacau seketika dan bolehlah diangkat!!! 

BACA BISMILLAH DAN BON APPETITE!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan