Halaman

Isnin, 2 Disember 2013

TraveLog Istanbul, Turkiye - Ku Tinggalkan Jejak Kakiku Di Sana - Bahagian 2

HARI PERTAMA DI ISTANBUL – (HARI KEDUA DALAM JADUAL) 

Dikira hari siang yang pertama disebabkan malamnya baru tiba di Istanbul. Pertama sekali cerita heater di dalam bilik. Rupanya pilihan aku untuk menggunakan heater adalah salah kerana terlalu panas dan berpeluh-peluh aku dalam bilik. Tidur jugaklah tapi jam 3.00 pagi dah terbangun kerana waktu di Kuala Lumpur sudah 8.00 pagi. Dah biasa bangun masa tu, di Istanbul pun dah tak boleh nak adjust masa. Yang bagusnya hotelnya adalah kemudahan WIFInya amat cemerlang. Memang laju sekali. Masalahnya nak telefon rumah mentua di Pekan untuk bercakap dengan anak-anak, nak guna smartphone, di rumah mentua takde smartphone jadi kena jugak guna telefon bil. Satu lagi yang cemerlang di hotel Istanbul Sydney ni adalah air panasnya. Walaupun bilik airnya kecil, tapi air panas sentiasa ada. Jiwa sebenarnya pada masa itu dah tak sabar-sabar nak berjalan-jalan hehe.. 

ATAS BUMBUNG ISTANBUL SYDNEY HOTEL 

Jam 8.30 pagi aku dan isteriku naik ke atas bumbung untuk ke cafenya…MASYAALLAHHH!!! Pemandangannya yang amat MENAKJUBKAN!!!! SUBHANALAH!! Dan pada waktu ini aku boleh lihat keindahan Blue Mosque, Laut Marmara dan camar-camar berterbangan. Sungguh aku beruntung diberi peluang untuk menikmati keindahan ini oleh Allah s.w.t. Entah bila lagi aku boleh menikmatinya lagi..ALHAMDULILLAHHH… 


Dan sudah tentu aku dan isteriku mengambil gambar untuk kenang-kenangan. Sewaktu sampai di café, terdapat seorang pemuda yang menjadi pembantu café tersebut sepanjang kami berada di situ. Bila ku tengok kembali gambar-gambarku, memang tiada lah gambar pemuda tersebut. Beliau amat rajin sekali dalam menjalankan rutinnya seharian. Ada 2 kemungkinan, mungkin dia seorang Kurdish ataupun ori Turkish, tapi nak bercakap masalah bahasa, nak bercakap pun payah. 

Sarapan pagi? Sila perhatikan gambar. Tiada nasi di sini ye. Di sesetengah tempat ada, tapi bilangannya amat sedikit untuk dicari. Jadi apa yang ada, itulah yang kami bedal hehe…ada daging, keju, buah zaiton, roti,kismis dan yang putih tu telur ayam. Yeee telur ayam bukan telur itik tau! Hahaha! Telur ayam rasanya paling sedap dalam pinggan berbanding makanan lain sebab rasanya berbeza dengan telur ayam di Malaysia. Roti rasanya dalam seumur hidupku, inilah roti paling keras sekali haha!! Apabila aku perhatikan di kedai-kedai sekitar, memang roti ni dijual terbuka. Maksud terbuka tidak di dalam bungkus dan amat keras sekali serta panjang. Sebab itu roti ini amat tahan sekali, rasanya boleh tahan sebulan atau lebih. 
MILO tu abaikan sebab Made In Malaysia hehe!!

AHAD YANG NYAMAN: PERJALANAN KE SULTANAHMET 

Selepas sarapan, jam 9.30 pagi, kami turun dari hotel untuk memulakan perjalanan melihat persekitaran. Rupa-rupanya hotel ini terletak di bawah bukit dan untuk ke jalan utama kena berjalan menaiki bukit. Jadi kenalah setiap hari menaiki bukit ni. 

Aku hairan kenapa sungguh sunyi jalan dan tiada aktiviti perniagaan. Rupa-rupanya hari Ahad dan kedai lambat dibuka. Jadi boleh la aku bergambar di tengah jalan hehe.. 




Maka kami berempat mendaki bukit dengan gigihnya menuju ke Beyazit. Beyazit seperti kebanyakan tempat adalah kawasan perniagaan, kedai-kedai makan dan stesen tram (disebut TRAM, bukan TREM). Di sini juga terdapatnya Universiti Istanbul, rasanya mungkin dalam filem Istanbul Aku Datang, Lisa Surihani berlakon di sini. Di sini jugaklah Grand Bazaar, tempat membeli belah yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Tetapi kami belum lagi berhasrat untuk membeli belah. Baru hari pertama, sabar! Hehe.. 




Berjalan di jalan-jalan Beyazit ini di waktu pagi hari Ahad amat mengujakan. Cahaya matahari memang ada tapi angin sejuk tetap menyelimuti badan. Sambil berjalan, mengambil gambar kenangan dan berjalan mengikuti langkah abang iparku yang menjadi tourist guide pada hari ini. Sebenarnya di Kuala Lumpur kita boleh mengalami saat ini, waktu pagi Ahad yang nyaman. Cuma tidak lama. Dari jam 7.00 pagi hingga 8.30 pagi. Waktu aman sementara di Kuala Lumpur terutamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman. 

Dari Beyazit kami berjalan ke Blue Mosque yang terletak di kawasan Sultanahmet. Berjalan? Jauh ke? Sebenarnya kami belum mahir untuk menggunakan tram, jadi eloklah berjalan. Lagi sihat dan menyihatkan. Berjalan dari hotel, jika dicampur dengan kawasan bukit yang didaki tadi memakan masa 1 jam. Lebih kurang jam 10 pagi kami tiba di kawasan Blue Mosque. Dengan pagi yang indah dan belum ada ramai pelancong, kami sempat meninjau kawasan sekitar sebelum memasuki Blue Mosque. 

BLUE MOSQUE/SULTANAHMET CAMII/MASJID BIRU 

Memasuki kawasan Blue Mosque amat sungguh menenangkan. Setelah mengambil beberapa gambar di luar masjid, kami masuk ke dalam masjid yang indah ini dan didapati ramai orang dah berkerumun di pintu masjid. Masuk adalah percuma. Sila lah lihat keindahannya melalui gambar aku ini. Sungguh mengujakan!! Nak tau sejarahnya, sila cari dan Tanya Uncle Gugel yer..hehe!! 



 



Setelah puas menikmati keindahan dalam dan luar masjid, kami berjalan kaki ke Hagia Sofia. Berbeza dengan Blue Mosque, Hagia Sofia dikenakan bayaran masuk sejumlah 25TL bersamaan RM50. Kenapa Hagia Sofia dikenakan bayaran sedangkan Blue Mosque tidak? Dari pengamatan aku, Hagia Sofia telah dijadikan sebagai muzium bersejarah sama seperti Topkapi Palace. Dan Blue Mosque juga adalah masjid bagi solat waktu dan solat Jumaat. Memang la kena free. 



HAGIA SOFIA/AYASOFYA 

Sejarah Hagia Sofia kena gugel sendiri yer..hehe..tapi Gereja zaman Byzantine ini telah dijadikan masjid oleh Sultan Muhamad Al Fatih, Penakluk Constatinople pada 1453. Pada 1 Jun 1453, solat Jumaat pertama telah diadakan di Hagia Sofia yang juga digelar sebagai Imperial Mosque. Sila lihat latar belakang gambar ini, terdapat perkataan Allah dan Muhammad serta gambar Virgin Mary di tengah-tengah. Setahu aku, jika tidak salah, gambar tersebut ditutup setelah gereja ini dijadikan masjid. Dan pada tahun 1935, selepas kejatuhan Empayar Ottoman, masjid Hagia Sofia atau di kalangan masyarakat Turki digelar sebagai AyaSofya dijadikan muzium oleh pemerintah Turki. 




Pandangan dari atas Hagia Sofia
Melihat Hagia Sofia yang dibina dalam tahun 537 dan Blue Mosque yang siap dibina pada tahun 1616, kita akan terpegun dengan keindahan strukturnya, rekabentuknya serta material yang digunakan amat tahan sehingga Hagia Sofia boleh bertahan beribu-ribu tahun. Begitu juga dengan Blue Mosque yang bertahan selama 500 tahun. Dinamakan Blue Mosque/Masjid Biru disebabkan hiasan dalamannya menggunakan jubin biru dan gaya rekabentuknya adalah bercirikan Ottoman. Bagaimanakah arkitek zaman itu boleh mengilhamkan sesuatu yang indah sebegitu, sudah tentu ilmunya datang dari Allah swt untuk dimanfaatkan kepada umat Islam yang lain. Nama arkiteknya pun susah nak sebut hehe..Sedefkar Mehmed Agha. Tak perlu belajar jauh-jauh kerana ilmu arkitek Islam sebenarnya sudah lama ada namun kita lebih memandang kebaratan. 


HAGIA SOFIA / AYA SOFYA

BOSPHORUS STRAITS CRUISE 

Dahaga. Apabila keluar dari Hagia Sofia, kami singgah di cafe yang menjual air buah delima. Dan di Turki pun mereka panggil delima (jika itu yang mereka sebut kerana kami orang Malaysia). Rasanya amat masam dan harga segelas adalah 3TL. 



Dan di depan café, satu perkara yang banyak kami temui adalah ‘jurujual’ atau promoter untuk aktiviti melayari Selat Bosphorus. Dan jam pun dah 12.30 tengahari, rasanya perlu berehat untuk menikmati angin Bosphorus. Lalu kami pun naik lah dengan puluhan yang lain dengan bayaran 40TL seorang. 


                         




Angin Bosphorus amat sejuk dan nyaman. Walaupun panas terik di tengahari itu, tapi suasana nyaman tetap ada. Selat Bosphorus adalah selat yang memisahkan dua Istanbul iaitu Istanbul Eropah dan Istanbul Asia. Sebab itulah Turki digelar sebagai Negara Dua Benua. Perjalanan selama 2 jam menyaksikan banyak monumen bersejarah di tepian selat seperti Istana Dolmabahce, Masjid Suleyman, Istana Beylerbeyi dan banyak lagi. Ada 1 monumen yang akan anda lalui jika melalui Selat Bosphorus iaitu Maiden’s Tower. Dibina pada abad ke 12, tujuan menara ini ialah untuk mengawasi Selat Bosphorus dari serangan pihak luar. Dan juga menara ini pernah ‘berlakon’ dalam filem James Bond iaitu The World Is Not Enough lakonan Pierce Brosnan. 
Maiden's Tower, lokasi The World Is Not Enough
Selepas 2 jam melalui Selat Bosphorus, dan jam di tangan sudah menunjukkan 2.30 petang waktu Istanbul, kami singgah sekali lagi di café yang menyajikan air buah delima tadi. Dan makanannya amat sedap tetapi bukan makanan tradisi Turki. Makanan dengan nasi yang sedikit dan potongan ayam yang dikenali sebagai Tavuk di Turki.




TURKISH KAHVE/KOPI TURKI 

Apabila makan, jangan lupa pesan Kopi Turki atau dalam bahasa Turki “Kahve”. Cara pembuatannya tidak diketahui, tapi di hotel, kopi Turki dalam bentuk bijian yang keras dan larut dalam air panas. Sebab itulah, ia perlu diminum tanpa gula seperti amalan orang Turki, kalau tak takkan rasa kepahitan aslinya. Tetapi biasanya aku akan letak seketul atau 2 ketul gula supaya kopinya tidak terlalu pahit. 



Selepas makan, ke mana lagi? Hehe…di tepi Hagia Sophia tidak jauh dari café tadi, kami singgah di kedai cenderamata dan jangan terkejut apabila penjualnya boleh berbahasa Melayu. Beliau akan bertanya, “Malayzie?” Dan mulalah mereka cuba untuk berbahasa Melayu. Perkataan biasanya disebut, apa khabar, sila masuk, terima kasih dan ada juga yang pandai mengira sehingga nombor 40 haha!! 


Yang sebelah kiri sekali pandai mengira sampai 40 tau!!!
Masa belum lagi untuk bershopping, tetapi cenderamata-cenderamata yang ada biasa mengkelabukan mata haha!! Pisau yang tumpul ini adalah buatan Turki dan harga 35TL bersamaan RM70. Pelekat peti sejuk biasa nya di kedai sebegini dijual 5TL hingga 10TL. Sebenarnya harganya mahal dijual di kedai sebegini, sebab itulah jika anda masih lagi hari pertama, jangan beli dulu. Bergantung dengan kedai jugak, ada yang cantik dijual 2TL hingga 3TL. 



Satu benda yang mungkin banyak kita lihat di kedai-kedai cenderamata. Shawl atau selendang panjang yang biasanya di Malaysia, kaum wanita gunakan untuk melilit leher masing-msing, tapi di Turki, digunakan sebagai tudung. Wanita Turki ni simple, bukan seperti wanita Malaysia yang kadang-kadang bab bertudung ni ‘over’ hahaha…yang penting menutup aurat. Kalau yang colourful tu, menarik minat orang lelaki untuk memandang, kan dah jadi benda lain. 

Gambar shawl takda sini hehe..tapi nak beli shawl tu pastikan ada jenama Turki sendiri dan murah. Lebih kurang 5TL hingga 10TL. 10TL pun dah kira mahal tau! Hahah!! 

Done for today. Lepas makan di Hagia Sofia tadi, kami berjalan kaki balik ke hotel. Dan satu perkara yang wajib diketahui sebenarnya apabila berjalan ni adalah pergi ke WC BAY BAYAN..hahaha!! Dalam bahasa kita adalah TANDAS LELAKI DAN PEREMPUAN. WC tu tak pasti maksudnya tapi yang pasti arah tuju ke tandas mesti tertulis WC. BAY sudah tentu lelaki dan BAYAN adalah perempuan. 



Yang Ni Sekitar Blue Mosque, pintu WC cuma masuk duit je..mudah kan?

BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 3 nanti yerr!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan