Halaman

Selasa, 19 Jun 2012

Sedapppp Chef Michael!!!


Satu iklan Cooking Magic untuk MasterChef Selebriti Malaysia yang paling aku minat!!!


"Sedap Chef Michael!!"

"Kukus, gril, panggang..Kukus, gril, panggang"

Tapi yang ni iklan omputih yerr...


So, mesti nak cerita sapa Chef Michael kan??

 

Hensem kan? Nah! Pi laman web ni..boleh carik sendiri..ahaksss!!!
http://www.migf.com/2010/chef/chef-michael-elfwing


Sotong Masak Sambal - Menu Berbuka Puasa 28 Rejab 1433

Asalamualaikum..

Lama dah tak puasa sunat..berbulan-bulan lepas Ramadan tahun lalu. Nak puasa 27 Rejab (Ahad) tapi tak dapat sebab nak drive balik dari Pekan, so memerlukan tenaga, kira nasib baik jugak tak puasa sebab masa driving, mata ni mengantuk macam diikat dengan batu..haishh!!!

So, bila puasa ni, my lovely wife tanya nak makan apa..so banyak menu dibayang-bayangkan..entah puasa aku ni main bayang-bayang jer..sebab ingat nak makan..

So, untuk berbuka, dicadangkan sotong masak sambal, sawi masak belacan dan ikan bakar (entah minggu mana punya ikan dibakar...lama teramat!!)

So boys and girls..nah!!

Bahan-Bahan Yang Dikisar:

Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Bahan-Bahan Lain:

Kicap
Air Asam Jawa
Garam
Ajinomoto


Cara-Caranya:

Sotong digaul bersama serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng sebentar dan diangkat.

Kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau dan masukkan air asam jawa, kicap, garam dan ajinomoto dan kacau sebentar. Kemudian masukkan sotong yang siap digoreng tadi ke dalam kuali dan kacau seketika dan bolehlah diangkat dan dihidang dan DIMAKAN!

Alhamdulillah...semoga puasa ku diterima Allah swt...kejap lagi sawi yer...





Udang Masak Kari - AirTangan MakMentua!!!

Assalamualaikum wbt!!

Masakan? Mak Mentua ku!
Udang? Adik ipo ku
Lokasi? Sungai Pahang..hambek kau!!!


Bahan-Bahan:

Cili kisar
Asam Jawa
Rempah kari Baba's sepeket
Santan
Garam
Perisa ajinomoto
Udang sekilo
Rempah ratus (kulit kayu manis dan bunga cengkih)

Cara-Caranya:

Tumis rempah ratus sehingga naik bau kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak, kemudian masukkan air asam jawa dan repah kari serta gaul sehingga sebati. Masukkan santan, garam dan sedikit perisa. Akhir sekali masukkan udang dan biarkan seketika. kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Bon Appetite!!



Sabtu, 16 Jun 2012

Ayam Masak Cili Api


Asalamualaikum kawan-kawan..

Malam minggu ni tak macam dulu-dulu. Dulu, tak sabar-sabar dengan malam minggu, mesti keluar dengan member sekuliah baik masa study kat ITM Sarawak ataupun UPM. Tapi di UPM ni ada matang skit..so walaupun diam di KL, terkawal la sket.. (terkawal la sangat..!!!)

So, check-check dalam netbook ada la gambar masakan yang diambil tapi tak di masukkan dalam blog..so Chef Nadiah pun dah berdengkur..aku masukkan la jugak kan..

Bahan-Bahan A: DI KISAR

Bawang besar setengah biji
Bawang merah 3-4 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia setengah inci
Serai sebatang
10-15 biji cili api, mengikut kepedasan yang diingini.

Bahan-Bahan B:

Rempah kari
Serbuk kunyit
Asam jawa
Garam dan ajinomoto
Daun limau
Ayam - berapa ketul terpulang lah!

Cara-caranya:

Tumis Bahan A yang telah dikisar sehingga terbit minyak kemudian masukkan air asam jawa. Kacau sehingga sebati. Masukkan serbuk kari dan sedikit serbuk kunyit, masukkan garam dan aji secukup rasa. Sekiranya kuah nampak pekat, masukkan sedikit air dan masukkan ayam dan gaul sebentar serta tunggu sehingga ianya masak. Masukkan daun limau setelah masak....Senang kan? Amat mudah sekali untuk mereka yang malas sikit nak masak..so apa lagi..makan lah!!