Halaman

Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan

Khamis, 14 November 2013

Nasi Ayam Ikatan Bersama - One Of The Best Recipe Ever

Assalamualaikum wbt

Nasi ayam? Chef Nadiah tanya aku, pernah ka post nasi ayam dalam blog?? Errr..dengan selambanya aku cakap..PERNAH..tetiba dia jawab pulak...mana aderrrr....ermmm...tau tak pernah...tanya lagi..isk iskk..

Then, bulan puasa yang lepas, pada minggu yang terakhir puasa, Chef Nadiah nak buat Nasi Ayam...hehehe...apalagi...Assistant Chef kena ada sebab selama ni yang buat nasinya..AKU LAH!! hahaha!!!

Jom tengok resepinyerrrr!!!!

Bahan utk perap ayam: (dikisar) 
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 halia
Kicap manis
Sos tiram

Untuk sambal:

Cili besar
Sedikit sos cili
Garam
Serbuk perisa
Sedikit gula
(Bahan2 ni dikisar)

Untuk kicap:

Guna kicap perapan ayam tadi dan ditambah sedikit sup..

Untuk Sup:
Air rebusan ayam
Kiub pati ayam
Taugeh
Garam
Serbuk perisa
Halia (dititik)
Daun sup dan bawang merah

Untuk Nasi:

Basuh beras sehingga bersih kemudian gunakan air rebusan ayam td untuk nasi..apabila nasi dh hampir masak masukkan 2 sudu planta tuk bg nasi kekuningan..masukkan sedikit susu cair,garam dan sedikit serbuk perisa...gaul sebentardn biarkan nasi masak.






Khamis, 15 Ogos 2013

Mee Kari Kasih Sayang - Resepi Turun Temurun

Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidilfitri..hari ni 8 Syawal 1434H, aku baru je balik dari Sarawak. Sekejap sangat baliknya. Tapi tak boleh buat apa apa sebab cuti Chef Nadiah amat sedikit. Kena save sikit nak melancong hujung tahun ni....hehehehe!!!

Gambar atas?? Itulah dia Mee Kari Kasih Sayang hasil airtangan isteriku pada Syawal ke 6..amat sedap boleh aku katakan sebab mak aku makan sampai 4 kali..itu laporan dari dapur lah..hahaha!!! 

Cantik tak presentationnya? Haaaaaa....korang boleh la jugak nak hias macam macam tapi jangan adjust rasa, sudahlahhh..hehehe...so bolehlah ke link berikut:






Jumaat, 16 November 2012

Ayam Masak Sweet and Sour


One more from Chef Nadiah!!!

Bahan-bahannya:

Ayam (dipotong kecil)
Bawang besar
Perencah sweet n sour Maggi
Air

Cara-caranya:

Ayam dilumur bersama garam dan digoreng sehingga masak

Tumis Bawang besar sehingga naik bau dan masukkan perencah sweet n sour gaul sebentar..

Masukkan air dan biarkan mendidih seketika dan masukkan ayam yang siap digoreng tadi. Gaul seketika dan bolehlah diangkat dan dihidangkan..


Ahad, 24 Jun 2012

Ayam Masak Paprik

Assalamualaikum wbt...

Malas dah nak intro...petang-petang Ahad ni update blog dengan mata kocik teramat..ngantuksss!!

Bahan-Bahan:

Ayam (dipotong kecil)
Carrot/Lobak merah (dipotong kecil)
Kacang panjang (dipotong kecil)
Cili kisar
Sos tiram
Sos Cili
Sos tomato
Garam
Serbuk perisa
Bawang besar (1 labu - dihiris nipis)
Daun limau purut
Serai (diketuk sikit)

Cara-Cara:

Tumis cili kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan tunggu sehingga empuk. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Sekiranya pekat, masukkan sedikit air.

Masukkan carrot dan biarkan empuk sedikit. Masukkan kacang panjang, bawang besar, serai, daun limau dan kacau seketika. 

Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perisa. Kacau seketika dan bolehlah diangkat!!! 

BACA BISMILLAH DAN BON APPETITE!!



Sabtu, 16 Jun 2012

Ayam Masak Cili Api


Asalamualaikum kawan-kawan..

Malam minggu ni tak macam dulu-dulu. Dulu, tak sabar-sabar dengan malam minggu, mesti keluar dengan member sekuliah baik masa study kat ITM Sarawak ataupun UPM. Tapi di UPM ni ada matang skit..so walaupun diam di KL, terkawal la sket.. (terkawal la sangat..!!!)

So, check-check dalam netbook ada la gambar masakan yang diambil tapi tak di masukkan dalam blog..so Chef Nadiah pun dah berdengkur..aku masukkan la jugak kan..

Bahan-Bahan A: DI KISAR

Bawang besar setengah biji
Bawang merah 3-4 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia setengah inci
Serai sebatang
10-15 biji cili api, mengikut kepedasan yang diingini.

Bahan-Bahan B:

Rempah kari
Serbuk kunyit
Asam jawa
Garam dan ajinomoto
Daun limau
Ayam - berapa ketul terpulang lah!

Cara-caranya:

Tumis Bahan A yang telah dikisar sehingga terbit minyak kemudian masukkan air asam jawa. Kacau sehingga sebati. Masukkan serbuk kari dan sedikit serbuk kunyit, masukkan garam dan aji secukup rasa. Sekiranya kuah nampak pekat, masukkan sedikit air dan masukkan ayam dan gaul sebentar serta tunggu sehingga ianya masak. Masukkan daun limau setelah masak....Senang kan? Amat mudah sekali untuk mereka yang malas sikit nak masak..so apa lagi..makan lah!!


Khamis, 2 Februari 2012

Ayam Bakar - Kite bakooo jerrr...!!!!!

Ni ha aku nak bagi resepi paling mudah...apa yang korang patut buat adalah BAKAR jeeee..KITA BAKOOOO JERR!!!  tapi sebelum membakar tu..kena ada la sedikit resepi untuk memerap ayam...jangan main tiaq jer...ko letak ayam atas api tu, tanpa ada perapan-perapannya..nah aku bagi resepi paling mudah di dunia..dan dipercayai paling tua di dunia..sejak zaman batu lagi..yalah..depa main BAKOOO jeee...apa depa tau!

Bahan-Bahannya:
3 ekor ayam (potong 16 – kalau ramai tu, korang buatlah selori ayam pun takpe)
Ketumbar (ditumbuk)
Jintan putih (ditumbuk)
Jintan manis (ditumbuk)
Serbuk cili
Madu
Sos BBQ (sos maggi dalam botol)
Garam
2 senduk kecil gula merah (dimasak terlebih dahulu)

Cara-Caranya:
Ayam diperap dahulu dengan bahan-bahan di atas, ikut suka la berapa lama nak perap..jangan 10 tahun sudah..kemudian barulah di bakar..ok? kita bakoooo jerr...


Yang ni lah rupanya setelah diperap dan bersedia untuk dibakooooo!!!

Yang ni dah siap kena bakooo!!!

p/s: Sos Black Pepper (untuk dimakan dengan ayam)
1 bawang besar
3 ulas bawang putih

Sos tiram
Lada hitam
Sedikit tepung jagung (untuk pekatkan kuah)

Cara-caranya: Campur dan kisarkan bawang besar dan putih, dicampurkan dengan lada hitam yang telah ditumbuk. Masukkan sos tiram dan masakkan di atas dapur untuk beberapa minit..Tadaaaaa..!!!!








Ahad, 26 Jun 2011

Ayam Masak Sos Tiram


Assalamualaikummmmmmm!!!

Lama giler aku tak update blog neh....entah apekebondo eyyyy sibuknya aku neh..dari bulan April lepas, lepas Mee Rebus versi Pantai Timur tu..langsung aku tak update..mintak mahap la yee...wife aku tiap-tiap hari bising..bila nak update blog...so sekarang aku nak update..yang ni resepi yang wife aku buat April lepas...so..aku rasa relevan lagi sebab bukan yang tahun lepas punya kan..kan..kan...so...ok boys and girls...i present to you...the ‘not-so-call’ secret recipe by my wife’s own hand..hehehe!!

BAHAN-BAHANNYA:-

1/2 ekor ayam(di potong kecil)
Bawang besar 1 biji(di kisar)
Bawang putih 2 ulas(di kisar)
Sos tiram (3 sudu)
Sos cili (2 sudu)
Sos tomato(2 sudu)
Kicap manis kipas udang (1 sudu)
Sedikit air asam jawa
Garam & sedikit ajinomoto

BAHAN UTK HIASAN:-

1 biji tomato
Daun sup

Cara-Caranya:-

Ayam  digaul bersama garam dan digoreng tp jgn terlalu garing…kemudian angkat ayam dan tumis bahan2 yg dikisar sehingga naik bau…kemudian masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato,dan kicap manis dan gaul sebentar last sekali masukkan air asam jawa sedikit garam dan ajinomoto..gaul sebentar dan bolehlah diangkat dan dihiaskan..

Apalagi....rembat je sampai habis!!


Sabtu, 12 Februari 2011

Ayam Percik..(resepi terbaik sehingga kini..licin gituuu!!)

Ayam percik?? Ermmm…sebenarnya aku tak berapa sangat ayam percik nih..ntah..mungkin kurang sedap bagi aku…tapi bila isteri aku buat for the 1st time tahun lepas, aku jadi sangat teruja..(ciss..ayat manis!!) so..dia usulkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat…sebab Yang Dipertua tu memang lidah maharaja…untuk buat ayam percik..maka diluluskan dalam masa 1 saat jee..hahahha!! aku makan mane tolak beb!!! Kahkahkah!!

Okeh…atas kelulusan itu, aku dan isteri aku pun pergi la melilau di Pasar Tani Presint 2, Putrajaya semalam dan cari bahan-bahannya. Kena ingat beb!! Sambal tu penting, ayam cuma pelakon tambahan jee…

Maka dengan itu, aku persembahkan kepada korang, mungkin korang dah jumpa di mana-mana resepi ni, yang mana aku tak peduli ponnnnnnn..hahahahah!!! kalo nak merasanya, buatlah sendiri…(hari ni, ayam tu aku rembat semua…isteri dan anakku makan sikit je..!! hahahah!!)

SAMBAL PERCIK

Bahan-bahannya:

1 biji bawang besar
10 biji bawang merah
10 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
10 biji cili api(lebih pun boleh)
4 biji lada besar(lebih pun takpe)
3 batang serai
5 helai daun limau purut
Daun kesum
1 batang bunga kantan
1 biji tomato

P/S:BAHAN2 DIATAS HENDAKLAH DIKISAR LUMAT

Bahan-bahan utk menumis:

Tumis cili boh atau cili kering dlm 10 minit kemudian masukkan bahan-bahan yg dikisar tadi dan gaul sebati dan biarkan seketika kemudian masukkan 2 sudu gula, sedikit garam, ajinomoto, air asam jawa sedikit, belacan dan 2 sudu serbuk asam boi dan masukkan sedikit air kemudian kacau hingga sebati dan biarkan sedikit kering…dan akhir sekali bila dah kering airnya bolehlah ditutup apinya dan diangkat…

p/s: sambal percik ni boleh ler disimpan dlm peti ais…lagipun sambal ni tahan lama…boleh digunakan  untuk membakar ayam, ikan dan sebagainya…nak lagi sedap perap terlebih dahulu ayam atau ikan yg nak dibakar dlm aluminium foil….


AYAM??? Aku dah kata kan…ayam cuma pelakon tambahan gituu…so, buat sendiri la…lagipun bukan ayam saja boleh jadi pelakon…ikan pun buleh…unta, kambing dan sebagainya..jangan gajah sudahhh!!! AKHIR SEKALI!!?? Makan je laa, beb!!!





Yang mane satu nehhh..?? Haaa...sebelah kiri terung sambal..yang tu kemudian lah yeee..kemudian sebelah kanan tu 'sidekick' ayam percik tu (sebelah kanan atas)..haaaaaa!! sambal belacan diaa!!! aku yang buat tau!! isteri aku cakap, hanya tangan aku saja kat dunia neh yang boleh buat sambal belacan yang sedap gituuu..(aku tak tau la...tu ayat manis...tapi betul memang sedap aku buat..sebab tu aku belasah semua..hahahha!!)

Khamis, 3 Februari 2011

Soto Ayam



Pada pagi yang bening, melintasi lebuhraya Pantai Timur..aku terfikir apa la nak di makan petang ni..selepas tido...rancangnya laaa...tiba-tiba teringat begedil..tapi takkan la nak makan begedil je..so teringat la begedil kat restoren soto di seksyen 8,  shah alam...

..dan aku usulkan kepada tukang masak diraja...(sebab aku lidah maharaja..)...untuk memasak Soto Ayam berserta begedil....perghh!!!

..dan tukang masak terus mengerjakannya untuk santapan suaminya...mungkin anda dah terjumpa di mana-mana ruang dalam internet atau laman web atau blog...tapi nak jugak aku persembahkan kepada anda semua; SOTO AYAM...


Bahan-bahannya utk sup:
Ayam ½ ekor (direbus dan isinya dicarik halus)
Kiub pati ayam (maggi)
Asam keping
Garam
Ajinomoto

Bahan-bahan utk sambal kicap:(di kisar halus)
Bwg putih 3 ulas(dibakar)
Air asam jawa
Kicap manis
Sedikit gula
15 biji cili padi(blh lbhkan klu suka pedas)
2 biji limau kasturi(diambil air limaunya sahaja)

Bahan-bahan utk hiasan:
Suhun(digoreng tp jgn terlalu garing)
Daun sup(di potong halus)
Taugeh
Isi ayam(yg sudah diracik2)
Dan sambal kicap
Bawang goreng

Bahan-bahan utk begedil:
Kentang 3 biji(yg besar2)di rebus sehingga empuk kemudian di lenyek)
Daging(suku kilo) direbus kemudian di cincang halus)
Tepung gandum(5 sudu)
Daun sup
Garam
Telur 3 biji(dikepuk tuk dicelup bersama bergedil)

Cara-caranya (untuk begedil sahaja):
Kentang direbus sehingga empuk kemudian dilenyek bersama daging yg sudah siap dicincang halus,kemudian masukkan tepung gandum,daun sup dan sedikit garam…gaul hingga sebati..kemudian ulilah mengikut cita rasa anda..time nak goreng tu celupkan dahulu ngan telur yg sudah dikepuk dan br goreng.

Dan yang lain-lainnya, tak payah la nak terangkan..senang je nak membuatnya, sebab main campak je..jgn tercampak sudaaaa..
Ok..kawan-kawan…HAPPY EATING AND HAPPY CHINESE NEW YEAR!!

Isnin, 31 Januari 2011

Sup Bebola Ayam

Perbualan tak sengaja di pagi Ahad 2 minggu yang lalu, sebelum aku ke Penang...

Aku: Yang, nak makan apa ni?
Isteriku: Entahlah...abang nak makan apa?
Aku: Entah..abang nak simple..yang berkuah tapi tak pedas..
Isteriku: Ayam kicap?
Aku: Ermm...kurang laa...sbb ayam banyak sangat..heheh..nak berair macam sup...
Isteriku: Kalo makan yang simple, apakata yang betul-betul simple..sup ayam...kita tambah bebola...
Aku: LULUSSS!!!!

Aku dengan tidak sabarnya menunggu masakan isteriku. Mungkin anda ada jumpa resepi ni di mana-mana, takpa..aku hidangkan kepada anda (secara online..hehehe) Sup Bebola Ayam...enjoy!!

Bahan-Bahannya:


Bebola ayam (dibelah dua setiapnya)
Ayam 2 ketul (dipotong kecil)
½ biji bawang besar
1 biji lada besar
Garam
Ajinomoto
Suhun
Kiub pati ayam maggi (1 ketul)
I keping asam gelugor

Cara-caranya:

Tumis bawang besar sehingga kekuningan kemudian masukkan ayam dan dikacau-kacau takut melekat. Bila ayam dah mula masak, masukkan air 1 cawan, kiub pati ayam, lada besar, garam dan sedikit ajinomoto, asam gelugor dan bebola ayam. Biarkan seketika dan akhir sekali masukkan suhun..tapi jangan terlalu lama sebab suhun mudah lembik…

Dan akhirnya….M.A.K.A.N….perkara paling best di dunia..(selain benda-benda lain..hahaha)