Halaman

Selasa, 5 April 2011

Mee Rebus Versi Pantai Timur

Mee Rebus ehhh? Aku ingat mee sup..ape beza mee rebus dgn mee sup..yang aku tau..mee kuning tu je..yang lain, aku kurenggggg pasti...tapi mee rebus adalah kegemaran wife aku, so aku postkan untuk korang....renung-renungkan dan selamat beramalll...

Bahan-bahannya:

Bawang putih – 3 ulas (Ditumbuk)
Bawang Merah- 3 ulas (Ditumbuk)
Halia               - ½ inci (Ditumbuk)
Ayam              - 3 ketul(di potong kecil)
Udang                - 10 ekor
Kiub Pati Ayam Maggi – 1 ketul
Asam Keping    - 1 keping
Garam&sedikit perasa
Serbuk lada hitam
Mee  kuning      - 1 Peket
Sawi
Sedikit daun sup dan lada besar utk hiasan

CARA-CARANYA:

Tumis bahan2 yg ditumbuk sehingga naik bau kemudian masukkan ayam dan udang dan gaul sebentar..kemudian masukkan 1 jug kecil air dan kacau sebentar...kemudian masukkan asam keping,garam dan perisa,kiub pati ayam serta serbuk lada hitam..last sekali masukkan sayur sawi dan kacau bahan2 tersebut sebentar dan blhlah dihidangkan..

P/S:sebenarnya lagi byk sayur lagi sedap seperti bunga kobis,carrot,tomato dan lain-lain....tetapi oleh kerana anak saya kurang makan sayur wife pun tak letak byk sayur…apa yg ada dlm petis yg tu lah wife saya gunakan..nak lg sedap mkn ler ngan sambal cili kicap…selamat mencuba…




Sabtu, 26 Mac 2011

Lala Masak Bercili - Special For My Sister...hehehe

Haaaaa...yang ni takyah la nak intro..oleh kerana kakak aku nak mai rumah aku dan dalam FB asyik sebut nak lalalalalalalala..hahaha!! so, adik ipo dia buat la alalalalalala masak cili..ermmm..jangan cakap laaa...memang sodap gitu!!!

So, no more wasting time..kalo korang ada kat rumah aku..memang aku jemput la makan..tapi sebab korang takdak, so kita orang je laa yang bedal neh..hahahah!! oleh kerana resepinya pernah dipaparkan, so takyah la yeee...

Simple One - Puding Roti

Benda ni dah lama isteri aku suruh postkan dalam blog..tapi ye laaaa..ingat ..lupa balik..ingat..lupa balik..bak kata bapak aku.."Jangan ingat..!!" hahahahah!!!

Okla...malas nak buang masa lagi..sebab aku lupa dah kenapa dan bila aku makan ni..tapi yang paling aku ingat..puding roti hasil air tangan isteriku ini..memang sodap seyyy..!!!

 CARA-CARANYA:

1 paket agar-agar
2-3 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan air suam)
1 1/2 tin susu cair
5 sudu besar gula 
6 keping roti gardenia (di'blender' dengan susu cair)
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH PUDING

1 tin susu cair
½ tin air 
Gula (Anggaran manis) 

CARA MEMBUAT PUDING ROTI:-
 
Masak agar2 dengan air hingga agar-agar menjadi larut. Kemudian masukkan susu cair yang sudah diblender bersama roti dan kacau hingga sebati.Kemudian masukkan tepung kastard yg sudah dibancuh dgn air suam td kedlm agar2 td dan dikacau supaya tidak berketul2 dan akhir sekali masukkan gula dan kacau bagi sebati & biarkan mendidih.
Angkat & tuangkan kedalam loyang.

CARA MEMBUAT KUAH PUDING:- 
 
Masukan susu cair,air , gula dan masak hingga gula larut.Bahan2 ni hendaklah sentiasa dikacau.Dan perlu diingat hendaklah guna api yg kecil takut susu menjadi hangus...  Masak hingga agak pekat. Biarkan sejuk. 



PS:PUDING ROTI NI SEDAP DIMAKAN BERSAMA BUAH2AN DLM TIN (KOKTEL...)

Saturday Special - Sup Tulang Pedas

Salamzzz...

Sudah lama gua tak update blog...malas pulak..asyik outstation jeee....dah tu bila balik tu, malas la sesangat...ermmm...oleh kerana terlalu banyak la masakan isteri aku yang aku tak post sebab aku sibuk dengan kerja kat opis tu...

Macam ni la...hari ni Sabtu, so of course le hari yang special sebab hari cuti..apa lagi....aku punya anniversary tak le lambat, khamis depan ni jee...so, isteri aku dah masakkan satu sup yang tersangat sedap..tetapi pedas juga..sebab tu nama Sup Tulang Pedas...actually resepi ni wife aku ambil dari satu website...nama Potret Kasih (http://www.potretkasih.com/2010/07/22/sup-ekor-pedas/) ....so, untuk bagi kredit kepada tuan punya web site tu, aku syorkan korang supaya pergi ke web site tu sebab banyak resepi yang mengancam seyyy...

TETAPI..ada tetapinya...oleh kerana Sabtu adalah hari kreatif untuk family aku, so wife aku tukar sikit, bukan guna ekor lembu...guna tulang cukup laaa...so nikmatilaaa...

4oo gm  ekor lembu
1.25 lter air
4 sudu makan minyak masak
2 batang serai
2 tangkai daun sup
2 sudu bawang goreng
jus limau nipis secukupnya ( resepi asal tak letak )

Bahan kisar

8 biji bawang merah
2.5 cm halia
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
3 sudu teh lada hitam
3 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
garam

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga berbau harum.
2. Kemudian masukkan air rebusan daging dan juga serai. Biar mendidih untuk seketika.
3. Setelah itu masukkan sup ekor yang telah direbus dan didihkan dengan api perlahan selama 20 minit.
4. Keluarkan minyak yang terdapat dibahagian atas sup, masukkan jus limau, sesuaikan rasa dan taburkan dengan daun ketumbar serta bawang goreng diatasnya.
5. Sedia untuk dihidangkan.

                                          Perghhh!!!! nampak tak tulang tu?? hhehehee...

Ahad, 20 Februari 2011

Sosej Black Pepper and Scramble Eggs - simple-simple punyaaaa...!!!

Yang neh...korang faham-faham laaaa...aku makan sikit malam-malam neh..so, carik la yang simple-simple...tapi still lagi...air tangan isteriku..hahahahah!!!

So, korang tengok..korang pandai-pandai la buat sendiri..hahahah!!!

Tempoyak Goreng Bersama Udang - Sarawak mari beb!!!!


Tempoyak goreng? Dengan udang? Korang tau, aku membesar dengan tempoyak goreng neh…aku taktau kat Semenanjung ni ada ke tidak..kalo yang daging pekasam tadi, memang la melambak tapi tempoyak goreng? Aku belum jumpa lagi sepanjang 12 tahun aku kat tanah orang nehh…

Arwah nenek aku, tempoyak goreng adalah kepakarannya. Kalo dia masak tu, baunya sampai ke rumah aku. Lagipun rumah aku belakang rumah nenek aku, so memang la baunya akan sampai ke rumah..menusuk hidung aku yang sedang ‘ngandur’ (tido sampai ke tengahari..)…..tapi yang paling sedap memang air tangan nenek aku, di Kuching, ada jugak kedai yang buat, especially dijual dalam bulan puasa..pergghhhh!!! tengah pose tu, menjuih-juih jeee air liurr..

Okla, adik adik dan kakak kakak semua..dan abang-abang yang minat makan nehh…korang mesti try nehh…hasil air tangan isteriku!!!! (try tengok je laaaa..hahahahah!!!) ADIOSSSS!!!

Bahan-bahannya:

4 sudu tempoyak
½ biji bawang besar
2 biji bawang merah
3 biji cili api
2 biji lada besar
10 ekor udang
Secubit garam
Ajinomoto
Sedikit gula

Cara-caranya:

Tumis  bawang besar, bawang merah, cili api dan lada besar sehingga naik baunya kemudian masukkan udang dan gaul sebentar…kemudian masukkan tempoyak, garam, ajinomoto dan gula dan gaul sehingga masak.

Daging Pekasam Masak Lemak Cili Api - Spesel punyaaaa beb!!!

Aku balik dari Port Dickson semalam, isteri aku menyapa aku (tu kira peluk cium la…3 hari takda kat rumah)
“Bang, esok ada masakan spesel untuk abang? “ Aku terpaku….(Yela..ko baru masuk rumah, pastu isteri ko terus terus cakap nak masak spesel, otak masih lagi tertinggal dalam kereta tu…sebab malamnya ada program Kementerian, kena join…nafas pun tak sempat lagi tu..)

“Gapo dio? “ Ceh! Tanya ‘berkecek Kelate’ tu..

“Daging pekasam masak lemak cili api..” Perggghhh!!! Aku dengar, mencanak-canak otak aku keluar dari kereta mencari aku..sebab daging pekasam ni terbukti sedap..isteri aku selalu buat tahun lepas…dengan itu, disebabkan aku dah ‘kesedapan’ makan tengahari tadi, maka dengan baik hatinya aku persembahkan korang hasil air tangan isteriku..aku tau kat luar tu banyak, tapi yang no spesel skit..sebab DIA ISTERIKUUUU…HAHAHAHHA!!

Daging pekasam
(Daging mentah diperap bersama asam keping dan garam. Daging ni tahan lama. Kalo diperap, makin lama makin sedap)
Santan
Ajinomoto
Cili api 9 biji*
½ inci halia*
Bawang merah 4 ulas*
Serai sebatang-dititik

Bahan-bahan yg bertanda *hendaklah dikisar

Cara-caranya:

Masukkan bahan –bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama daging pekasam dan juga santan. Lepas tu hendaklah dikacau –kacau takut nanti santan jadi berketul-ketul…kemudian masukkan serai dan ajinomoto dan kacau lg sehingga daging betul-betul masak….

p/s: garam dan asam keping tak perlu dimasukkan kerana daging pekasam ini dah masin dan masam…so, apalagi..MAKAN LAAAAA!!!...