Halaman

Selasa, 8 Februari 2011

Laksa Penang - Hidangan Cuti Tahun Baru Cina


Dah lama tak balik kampung isteri aku kat Pekan. Aku kalo balik memang paling suka sebab time tu aku jadi raja. Bukan saja lidahku maharaja, aku pun dilayan macam raja...bak kata Aniqah, .."ayah ni tido, makan, tido, makan...pastu pesbuk..haisshhhh!!!" pandai pulak anak aku ni..
Ok, dah cuti tu, planning la nak makan spesel. Isteri aku ni memang favourite laksa-laksa ni..terutamanya laksa penang..so, oleh kerana aku rembat dan bantai saja apa yang dimasak kecuali getah sekerap, batu, kayu, besi dan benda lain sewaktu dengannya..maka aku persembahkan kepada korang...Laksa Penang buatan air tangan isteriku..mungkin korang jumpa kat mana-mana resepi nih..tapi takpe..aku bagi free ni..bagi tengok jeee..haahah!!

Bahan-bahan untuk kuah laksa:
Ikan selayang 10 ekor
Ikan sardin 1 tin (dikisar isinya sahaja)
Asam keping
Daun kesum
Bunga kantan
Cili padi 7- 10 biji (ditumbuk )
Cili boh 7-8 sudu

Bahan-bahan utk hiasan:

Laksa sekilo ( direbus)
Bawang besar sebiji dihiris nipis
Timun dihiris memanjang
Fishcat digoreng
Cili padi dihiris nipis
Kacang panjang dipotong kecil (tak letak pun tak apa)
Limau kasturi
Telur rebus
Salad di hiris kecil
 
Cara-caranya:

Laksa direbus tapi jangan terlalu lembik. Kalo lembik jugak, rebus yang baru, lembik lagi, rebus lagi..masih jugak lembik, ko tak payah masak la, ngabih boreh yoo..

*Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...
 
Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar (kalo ekau nak tolan hidup-hidup jugak, sukahati ekau yooo)...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga... kemudian kisar ikan sardin sehingga lumat kemudian masukkan ke dalam air rebusan tadi kemudian masukkan cili boh kedalam air rebusan dan kacau sehingga sebati kemudian masukkan asam keping daun kesum bunga kantan dan cili padi yg telah ditumbuk kedalam air rebusan tadi..last sekali masukkan garam dan sedikit ajinomoto...kacau perlahan-lahan masak sehingga mendidih...dan sedia utk diangkat dan dihidangkan bersama -sama laksa dan ulam-ulamnya...

p/s: :oleh kerana laksa penang ni dibuat semasa cuti tahun baru cina, banyak bahan-bahan yg takde sbb pasar raya tutup...depa cuti raya sakan.ntah.dah kaya kot..so banyaklah kurang bahan-bahannya...susah-susah sangat korang pegi la Penang...dapatla laksa nyaaa...

SELAMAT MAKAN YEEE!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan