Halaman

Sabtu, 12 Februari 2011

Puding Karamel (Melayu beb!)

Aku ni ntah…tak berapa pandai makan puding-puding nih…tapi sebab isteri aku suka mencuba…cuba laaa.aku ni makan je, tapi takleh banyak sebab manis..bab manis tu, korang control la, nak banyak ke, sikit ke...jangan pulak bila korang dah kena kencing manis, korang salahkan aku pulak..bak kata iklan Kementerian Kesihatan, “….sesudu lebih baik..” (entah..betul ke tidak…aku pun bukan selalu sangat pergi klinik nih…

Ok la adik adik abang abang rakan taulan, puding ni sesuai dimakan waktu petang..minum teh..duduk kat beranda rumah..perghh!!! memang macam kat Himalaya laaa..(entah…apa kaitan..)
Dengan bangganya aku persembahkan kepada korang Puding Karamel, mungkin dah pernah jumpa kat mana-mana, tapi yang ni aku bagi mudah je..korang baca, salin, buat..kalo korang taknak buat, beli je Pasar Tani Presint 2 setiap selasa dan jumaat di Putrajaya. Tapi yang air tangan isteriku lagi sedapppppp gituuuuu..!!!!

Bahan-bahan:-

8 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu kecik esen vanilla
1 sudu besar tepung kastard

5 sudu besar gula (masak dibuat gula hangus)

Pukul telur sampai kembang semangkuk..(korang kene ingat, jangan kembang macam lubang hidung korang..kang tak pasal-pasal…), masukkan susu cair, pukul lagi sampai luka ringan, pastu masukkan susu pekat, pukul lagi sampai luka parah, masukkan esen vanilla n kastard…(aku rasa ayat luka ringan sampai parah tu, macam ayat biras aku jeeee..die tu boleh tahan jugak bab-bab puding-pudingan ni…)

Gula hangus tadi tu dimasukkan dlm loyang, pastu br masukkan bahan-bahan yang dah kena pukul td. kukus sampai masak. biasanya dalam 40 minit tu ok ar. Selamat Mencuba dan Selamat Makan daaa…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan