Halaman

Selasa, 15 Februari 2011

Ikan Siakap Tiga Rasa: Spesel Maulidur Rasul..seperti yang dijanjikan..





Aku nak tunjuk dulu..sebab aku makan dah nih..so, anggap la lepas ni, ikan ni dah abbess licin aku bedal…hahahahaha!!! ADIOS!!!

                                                        ***********************


Cuti? Tido makan tido makan la jawabnya..tapi takkan la nak tido makan jugak…tido kene spesel beb..makan pun nak spesel jugak..nah!!!! isteri aku bagi cadangan..kita masak SIAKAP 3 RASA…tu diaaaaaaaaaa!!! So, apalagi..kalo korang reti…masak la..ikut resepi kat bawah tu..OKEH!!!
(A)   Bahan-bahannya:

1 ekor ikan siakap
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
3 susu sos tiram
Air asam jawa
Garam
Ajinomoto

(B)   Bahan-bahan utk menumis:

10 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan-bahan (B) hendaklah dikisar sampai lumat

Cara-caranya:

Ikan siakap hendaklah digoreng terlebih dahulu…macam isteri aku neh suka yang garing sikit baru rasa rangup-rangup gitu..lagipun aku yang suka me’rangup’kan neh…supaya aku buleh me’ngap’kan…hahahaha!!!…apabila dah garing baru di angkat dan tumis bahan-bahan yg dikisar tadi dalam 5 ke 10 minit kemudian masukkan air asam jawa dan gaul sebentar kemudian barulah masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan gaul hingga sebati dan last sekali masukkan garam dan sedikit perasa iaitu ajinomoto kemudian masukkan ikan tadi ke dalam kuali dan gaul sebentar dan boleh ler diangkat dan dihidangkan…

p/s: biasanyer kalau buat siakap ni ada hiasannye..(bukan yang pokok bunga tu…ni hias makan daaa…untuk bagi cantik bagi selera korang naik gituuu..) iaitu epal hijau dipotong dadu sedikit nenas dipotong halus dan sedikit daun sup utk hiasan tapi aku sebagai lidah maharaja ni..tak main hias-hias..aku NGAP SAJA…..…
OKEH BEBEH!!!! SILA MAKAN..JANGAN BANYAK SOAL..!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan