Halaman

Selasa, 19 Jun 2012

Sedapppp Chef Michael!!!


Satu iklan Cooking Magic untuk MasterChef Selebriti Malaysia yang paling aku minat!!!


"Sedap Chef Michael!!"

"Kukus, gril, panggang..Kukus, gril, panggang"

Tapi yang ni iklan omputih yerr...


So, mesti nak cerita sapa Chef Michael kan??

 

Hensem kan? Nah! Pi laman web ni..boleh carik sendiri..ahaksss!!!
http://www.migf.com/2010/chef/chef-michael-elfwing


Sotong Masak Sambal - Menu Berbuka Puasa 28 Rejab 1433

Asalamualaikum..

Lama dah tak puasa sunat..berbulan-bulan lepas Ramadan tahun lalu. Nak puasa 27 Rejab (Ahad) tapi tak dapat sebab nak drive balik dari Pekan, so memerlukan tenaga, kira nasib baik jugak tak puasa sebab masa driving, mata ni mengantuk macam diikat dengan batu..haishh!!!

So, bila puasa ni, my lovely wife tanya nak makan apa..so banyak menu dibayang-bayangkan..entah puasa aku ni main bayang-bayang jer..sebab ingat nak makan..

So, untuk berbuka, dicadangkan sotong masak sambal, sawi masak belacan dan ikan bakar (entah minggu mana punya ikan dibakar...lama teramat!!)

So boys and girls..nah!!

Bahan-Bahan Yang Dikisar:

Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Bahan-Bahan Lain:

Kicap
Air Asam Jawa
Garam
Ajinomoto


Cara-Caranya:

Sotong digaul bersama serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng sebentar dan diangkat.

Kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau dan masukkan air asam jawa, kicap, garam dan ajinomoto dan kacau sebentar. Kemudian masukkan sotong yang siap digoreng tadi ke dalam kuali dan kacau seketika dan bolehlah diangkat dan dihidang dan DIMAKAN!

Alhamdulillah...semoga puasa ku diterima Allah swt...kejap lagi sawi yer...





Udang Masak Kari - AirTangan MakMentua!!!

Assalamualaikum wbt!!

Masakan? Mak Mentua ku!
Udang? Adik ipo ku
Lokasi? Sungai Pahang..hambek kau!!!


Bahan-Bahan:

Cili kisar
Asam Jawa
Rempah kari Baba's sepeket
Santan
Garam
Perisa ajinomoto
Udang sekilo
Rempah ratus (kulit kayu manis dan bunga cengkih)

Cara-Caranya:

Tumis rempah ratus sehingga naik bau kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak, kemudian masukkan air asam jawa dan repah kari serta gaul sehingga sebati. Masukkan santan, garam dan sedikit perisa. Akhir sekali masukkan udang dan biarkan seketika. kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Bon Appetite!!



Sabtu, 16 Jun 2012

Ayam Masak Cili Api


Asalamualaikum kawan-kawan..

Malam minggu ni tak macam dulu-dulu. Dulu, tak sabar-sabar dengan malam minggu, mesti keluar dengan member sekuliah baik masa study kat ITM Sarawak ataupun UPM. Tapi di UPM ni ada matang skit..so walaupun diam di KL, terkawal la sket.. (terkawal la sangat..!!!)

So, check-check dalam netbook ada la gambar masakan yang diambil tapi tak di masukkan dalam blog..so Chef Nadiah pun dah berdengkur..aku masukkan la jugak kan..

Bahan-Bahan A: DI KISAR

Bawang besar setengah biji
Bawang merah 3-4 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia setengah inci
Serai sebatang
10-15 biji cili api, mengikut kepedasan yang diingini.

Bahan-Bahan B:

Rempah kari
Serbuk kunyit
Asam jawa
Garam dan ajinomoto
Daun limau
Ayam - berapa ketul terpulang lah!

Cara-caranya:

Tumis Bahan A yang telah dikisar sehingga terbit minyak kemudian masukkan air asam jawa. Kacau sehingga sebati. Masukkan serbuk kari dan sedikit serbuk kunyit, masukkan garam dan aji secukup rasa. Sekiranya kuah nampak pekat, masukkan sedikit air dan masukkan ayam dan gaul sebentar serta tunggu sehingga ianya masak. Masukkan daun limau setelah masak....Senang kan? Amat mudah sekali untuk mereka yang malas sikit nak masak..so apa lagi..makan lah!!


Sabtu, 9 Jun 2012

Kombinasi Terbaik- Ikan Siakap Stim, Hati Masak Pedas, Sayur Taugeh

Cakap pun tak guna...resepi? Sila cari dalam blog ini yerrr...selamat 'melihat' gambar...




MasterChef Selebriti Malaysia - Hanya Chef Tau!!!

Assalamualaikummmmmmmm...

Gile lama tak update blog...ni kalo rumah ni...mmg dah berhantu dah sebab lama kena tinggal..bukan apa..aku sibuk..my wife sibuk uruskan anak-anak...resepi dari airtangan isteriku memang banyak..tapi nak update tu, nak on laptop pun kira satu kerja tau!!

Takpa la..aku dah update ni so..hari ni aku nak cakap pasal MasterChef Selebriti Malaysia...memang superb beb!! aku dah mula minat tau...tapi bukan sebab artis-artisnya tau..(kecuali Soo Wincchi- ex-beauty pagent turn to singer)..tetapi sebab chef-chef nya yang berkaliber...

Dulu memang la sejak Dr Ezani (doktor gigi yang cun melecun) tu..MasterChef yang pertama.....ada lah chef jurinya tapi sebab ada Chef Ritz, so aku kurang berminat sebab......ENTAH!! Kalo Chef Wan (bapanya) aku minat la jugak..tapi anaknya aku memang kurang berminat kecuali episod finalnya..penentuan juara..adalah aku tengok sekejap..

So...nak intro Chef dalam MasterChef Selebriti Malaysia ni...korang dah kenal kan..tapi yelah sebab korang mesti terfikir...kenapa takde chef wanita walaupun chef terkaya di dunia adalah seorang wanita? Persoalan itu..takyah susah nak fikir..now their biography...ko ado? Takdo kannnn?? 

Chef Zubir



Chef Zubir ni aku rasa macam orang utara..sebab cara bercakapnya..Chef Zubir mendapatkan ilmu bermasaknya bukan mcm kita tau..main masak-masak dlm pondok..curi curi masak kat dapur bila mak kita tido ka..pegi kebun ka..(macam aku!)..beliau perolehinya dari Institut Teknologi MARA pada tahun 1988.  

Pengalaman? Jangan cakap laaa...

Bekerja sebagai Eksekutif Sous Chef di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, Pensyarah di UiTM, penglibatan di peringkat antarabangsa iaitu di Jepun, Austria, USA dan Singapura. Pencapaian memang awesome! Antaranya Ketua Pasukan dan Pengurus kepada Malaysian National Culinary Team di Food & Hotel Asia Culinary Challenge,Singapore ( 2 pingat perak), Ketua Pasukan dan Pengurus kepada Malaysian National Junior Team di Asian Junior Chef Challenge, Indonesian Salon Culinaire-Food & Hotel Indonesia (pingat emas dan juara keseluruhan)
 

So? Nak jadi macam Chef Zubir? Belajar memasak dengan betul…asal korang jangan letupkan dapur mak korang..cukuplah!!!

(profil dipetik dari http://www.mohdzaid.com/2011/10/12/masterchef-malaysia-profile-juri-chef-zubir.html)


Chef Papa Joe


Nampak berumur kan? Tapi Chef Papa Joe atau nama sebenarnya Moh Johari Edrus lahir pada Disember 1955 dan memperoleh Diploma Latihan Chef pada tahun 1975…1975??? Perghh!!! Aku masih merangkak lagi dan guna lampin, Chef Papa Joe dah tamat diploma dia..salute to you Chef!!! Memegang jawatan penting dalam syarikat makanan terkemuka di Malaysia dan berpengalaman bekerja di hotel-hotel terkemuka di Malaysia.

Pengalaman? Sudah tentu banyak.. Presiden Chef Malaysia dari tahun 2005 hingga 2008, Jabatan Pembangunan Kemahiran bawah Kementerian Sumber Manusia, pakar kebangsaan untuk skil memasak ke WorldSkills Competition (Skills Olympic) di London pada September 2011….skil memasak ada Olympic dia jugak kerr?? Hebat!!!

Ahli Lembaga Penasihat untuk Kulinari di UiTM, Kolej Taylor dan KDU dan banyakkkk lagi…nak jadi macam dia? Join la MasterChef Malaysia..jadi JUARA cukup laaa…hahahah!!!


(profil dipetik dari http://littlemamadiary.com/masterchef-malaysia-juri-masterchef-malaysia-chef-jo/)

Chef Adu

Ni lagi sorang chef yang aku minat...actually aku baru kenal dia...bila aku turn to MasterChef Selebriti Malaysia..rupanya memang dia dah lama dalam industri ni dan punyai profil yang cukup cantik...dalam dan luar negara..salute to you chef!!! (errr...dah salute ni..kalo jumpa...masakan free yer chef..hikhik!!)

Chef Adu Amran dilatih sebagai chef di Stamford College Kuala Lumpur dengan fokusnya terhadap classical French cuisine. Pernah dilatih di Carcosa Seri Negara….antara hotel 5 bintang terkemuka di ibu Negara.

Pencapaian memang superb!!! Restoren Champor-Champor di Langkawi (1994-1997) dan Restoren Champor-Champor London Bridge (2000-2011). Kalau macam ni punya achievement, memang tabik spring la aku dengan Chef Adu!!!

Pernah menyertai demosntrasi masakan terkemuka antaranya Selfridges, Oxford Street, London; Masterchef Live di Olympia, London; dan International Food Exhibition (IFE) di Excel. Slot dalam TV program pun ada namanya ‘Fab Pads’.

Chef Adu dah mengembara ke dua pertiga dunia, so nak cakap apa lagi? Kalo masak kat rumah aku ni..memang kira satu impian dalam sejuta!!!! Hahahahahaaaa!!!

(profil dipetik dari http://www.chefaduamran.com/about/)