Halaman

Khamis, 2 Februari 2012

Chef Terkaya Di Dunia - Dulu Sapa Suruh Taknak Jadi Chef ...

Dulu, mana ada orang bercita-cita nak jadi tukang masak. Masa aku bersekolah rendah ka menengah ka, mana ada aku dengar kengkawan aku cakap nak jadi chef...sebab dulu kerjaya chef bukanlah di dalam pemikiran orang kebanyakan macam kita...sebab bila sebut chef, semua orang ingat hotel, semua ingat mahal dan segala-galanya RM (dulu $ laaa..)

Tapi, entah macamana yer..Chef Wan (kini Dato' Chef Wan) muncul dalam hidup kita, muncul di tv, dengan mulutnya yang omih (pinjam cakap orang Pahang jap)...dengan mesra alamnya dan bagai...kerjaya masakan menjadi satu kerjaya yang kini dipelopori oleh kaum lelaki...WALAUPUN KINI CHEF TERKAYA DI DUNIA ADALAH WANITA...

Meh aku perkenalkan kepada korang semua...chef terkaya di dunia..kedua dan ketiga..keempat tak payah sebab dulu masa sekolah cikgu bagi hadiah kat 1,2,3 je...tadaaa...!!!

1. RACHEL RAY



Minah ni ada 4 program masakan dalam tv dan pendapatannya mencecah USD18 juta...aku pernah jugak tengok rancangannya dalam ntv7, tapi ok lah...sebab dia pandai masak pun, cuma aku tak pernah rasa pun masakan dia, tapi kalau dia masak untuk aku pun, tak boleh lawan air tangan isteriku la..cuba suruh dia buat ikan patin tempoyak...tak payah susah-susah...mee goreng basah ala-ala pekan diraja jer..mesti fail....tapi takpa la..sebab air tangan lain kan...hehehehe...

2. Wolfgang Puck

Mamat ni aku tak pernah tengok lagi dalam tv..mungkin aku kurang minat....pendapatannya USD16 juta je..kurang USD2 juta dari minah Rachel tadi...


3. Gordon Ramsay



Dia ni? Jangan cakap la..kalo korang berguru dengan dia, harus kena maki hamun, mencarut tiap hari...Dia ni aku tengok dalam rancangan Hell's Kitchen..tapi..ish..ish...ish...tak tahan aku..jadi penonton pun tak tahan, jangan kata dok dalam dapur dengan dia ni..tapi betulla dia cakap, pelanggan ni..kalau sekali dia rasa makanan yang kita masak tu tak sedap...persepsi mereka akan sama sekali berubah..mungkin takkan datang ke restoren korang..so, dia taknak nama dia terpalit kalau anak murid dia dikatakan orang tak pandai masak...

OK DONE! KITA PERGI KE CHEF CELEBRITI MALAYSIA!!! INCOME TAK TAU, KENA TANYA DEPA..OK?!!

1. Dato' Chef Wan (Redzuawan bin Ismail)


Inilah dia pencetus di Malaysia kini, mungkin ada orang lain, tapi kalau aku, paling terkenal dia la...sampai ada orang suka ngajuk cara dia bercakap..sian chef wan...

Chef Wan ni asalnya AKAUNTAN..haaaa..apa korang ingat akauntan tak pandai masak..dia lagi pandai tau..sekali boleh buat bajet kat dapur lagi...Chef Wan mempunyai banyak buku masakan...rancangan masakan di luar negara dan dalam negara...banyak pengiktirafan...dan banyak lagi laa...

Chef Wan mempunyai Associated Degree in Professional chef Training and Hotel Management dalam Akademi Kulinari California dan Ritz Escoffeir Diploma dari Ritz Hotel. Pada tahun 2009, beliau memenangi Best Celebrity Television Chef (Gourmand World Cookbook Awards).

2. Dato' Chef Ismail

Sorang lagi chef bergelar Dato' (mungkin ada orang lain lagi, aku taktau)...Chef Dato' Ismail Ahmad....kira dia ni aku kenal selepas Chef Wan...lebih kurang sama...omih...mesra alam..dan sebagainya...Chef Ismail adalah Duta Makanan Malaysia, beliau pernah diundang untuk memasak di Mill Art Centre di South Hampton. Chef Ismail ni mempunyai program sendiri iaitu Ala-Ala Kampung di Astro Ria. Beliau juga adalah jurucakap bagi QBB Ghee, produk Nestle dan Beras Jati di Malaysia.






Ayam Bakar - Kite bakooo jerrr...!!!!!

Ni ha aku nak bagi resepi paling mudah...apa yang korang patut buat adalah BAKAR jeeee..KITA BAKOOOO JERR!!!  tapi sebelum membakar tu..kena ada la sedikit resepi untuk memerap ayam...jangan main tiaq jer...ko letak ayam atas api tu, tanpa ada perapan-perapannya..nah aku bagi resepi paling mudah di dunia..dan dipercayai paling tua di dunia..sejak zaman batu lagi..yalah..depa main BAKOOO jeee...apa depa tau!

Bahan-Bahannya:
3 ekor ayam (potong 16 – kalau ramai tu, korang buatlah selori ayam pun takpe)
Ketumbar (ditumbuk)
Jintan putih (ditumbuk)
Jintan manis (ditumbuk)
Serbuk cili
Madu
Sos BBQ (sos maggi dalam botol)
Garam
2 senduk kecil gula merah (dimasak terlebih dahulu)

Cara-Caranya:
Ayam diperap dahulu dengan bahan-bahan di atas, ikut suka la berapa lama nak perap..jangan 10 tahun sudah..kemudian barulah di bakar..ok? kita bakoooo jerr...


Yang ni lah rupanya setelah diperap dan bersedia untuk dibakooooo!!!

Yang ni dah siap kena bakooo!!!

p/s: Sos Black Pepper (untuk dimakan dengan ayam)
1 bawang besar
3 ulas bawang putih

Sos tiram
Lada hitam
Sedikit tepung jagung (untuk pekatkan kuah)

Cara-caranya: Campur dan kisarkan bawang besar dan putih, dicampurkan dengan lada hitam yang telah ditumbuk. Masukkan sos tiram dan masakkan di atas dapur untuk beberapa minit..Tadaaaaa..!!!!








Jumaat, 27 Januari 2012

Korang tau Chef Fara Quinn?? Tengok la gambar...

Chef Fara Quinn...

Kenal? Kalau yang kenal tu, maksudnya memang pernah atau suka tengok Channel AFC di Astro - Ala Chef With Fara Quinn...

Kenapa aku suka tengok rancangan ni? Mao tanya lagi ka? Takde la..cuma sebab dia pandai masak...heheheh..satu lagi..sebab dia pompuan kot...tapi yang bagusnya Chef Fara ni, dia akan buat penggambaran di kampung terpencil dan semua bahan masakannya dari kampung tersebut. Lepas tu, dia ajak la org-org kampung sekitar tu makan masakan dia. Kalau aku ada, confirm aku dulu makan..hehehehe..meh tengok lah gambarnya..mana tau kenal ke..heheheh..





p/s: bukan nak promote siri ni..tapi best jugak tengok kan..!!

Ikan Keli Sambal - Terbaekkkkkkkkkk!!!!

Ikan keli?? Perghh!!!! Ini lah ikan yang paling aku minat...selama hidup di tanah Semenanjung ni, kalau dalam seminggu, tak kena ikan ni, aku rasa hidup aku tak lengkap. Tapi disebabkan dah terlalu kerap makan ikan keli, sampai aku boleh tau bagaimana cara masak seseorang...kekadang pergi ke kedai makan, tengok dulu bagaimana cara masaknya, sambalnya, kepalanya dipotong ke tidak, isinya dibuang ke tidak. Ada yang malas tu, isi perut tak dibuang dan bila digoreng, minyaknya banyak keluar sebab isi ikan keli berlemak dan berminyak. So gua tolak awal-awal...
Meh aku tunjukkan resepinya...biasalah!  Airtangan Isteriku laa...apalagi!

Bahan-Bahan:
Ikan keli
Lada kering (dikisar)
Bawang merah (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Halia (dikisar)
Air asam jawa
Garam
Ajinomoto
Kicap manis

Cara-Caranya:
Ikan keli digoreng terlebih dahulu..kemudian apabila masak, diangkat dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya, masukkan air asam jawa, garam, ajinomoto dan kicap serta gaul hingga sebati. Akhir sekali, baru masukkan ikan keli yang telah digoreng ke dalam kuali..gaul dan boleh diangkat serta DIMAKAN!!! ADIOSSS!!!

The Best Of Pahang - Ikan Patin Masak Tempoyak

THE BEST OF PAHANG
Ikan patin?  Semua orang tau ikan patin..masakannya terkenal di negeri Pahang, terutamanya di Temerloh, Bandar Ikan Patin. Tapi, nak makannya? Kalau tak sayang duit..pergi la cari di Bandar tu..setakat ni aku memang makan masakan ibu mertua aku je..Cuma ada sekali aku makan di Benteng, Kuantan dan...perghh!!!! harga kepala ikan patin tu dah mencapai RM50-RM60..so kalau ada special occasion tu, takpa la kalau nak belanja, tapi kalau saja-saja tu, jadilah Mat Saja..menangis keluarkan banyak duit..hehehe...atau kalau tak malu, pergi la makan di rumah mak mentua aku dengan syarat, bawa la sendiri ikan patin..boleh beli di Pekan Sehari Sabtu di Bandar Pekan atau ada kedai FAMA di tepi jalan on the way ke bandar...yang tu ikan ternak sendiri eh!!! Yang diternak di Sungai Pahang lagi sedap..lagi la sedap kalau diternak oleh orang Kemboja..hehehehe..
Meh..aku perkenalkan makanan yang dah terkenal ...Ikan Patin Masak Tempoyak...adiosss!!!
Bahan-Bahan:
2 ekor ikan patin saiz sederhana
15 tangkai cili padi ditumbuk lumat (boleh dikurangkan jika tidak tahan pedas)
½ inci halia
2 senduk tempoyak
Sedikit serbuk kunyit
2 tangkai daun kesum
1 tangkai bunga kantan
Air – untuk tenggelamkan ikan
Garam
Ajinomoto
Asam keping

Cara-Caranya:
Masukkan ikan dan asam keeping ke dalam periuk dan tunggu sehingga mendidih airnya. Kemudian masukkan serbuk kunyit, masukkan cili dan halia yang siap ditumbuk tadi, gaul sebentar dan masukkan daun kesum dan bunga kantan. Biarkan seketika, akhir sekali masukkan garam, ajinimoto dan masukkan tempoyak serta gaul sebentar sebelum dihidangkan kepada tetamu. Selamattttt!!!

Rabu, 28 Disember 2011

Buah Melaka

Ni satu lagi.....
Hasil air tangan isteriku...
Bahan-bahan:
1.    Tepung pulut
2.    Gula Melaka dipotong kecil-kecil
3.    Kelapa parut putih digaul garam
4.    Pewarna hijau
5.    Air

Cara-Cara:
1.    Gaul tepung dengan air dan masukkan pewarna hijau..gaul sehingga tepung menjadi doh.
2.    Bentukkan bulat-bulat kemudian leperkan sedikit dan masukkan gula Melaka yang dipotong kecil di tengah-tengahnya kemudian bulatkan balik
3.    Kemudian masukkan ke dalam air yang direbus sehingga timbul kemudian angkat dan gaulkan di dalam kelapa parut tadi.
4.    Sedia untuk ‘dingap’!!!
Sedappppppppppp!!!!!

Cek Mek Molek

Assalammmualaikum..

Lama betul la tak update blog neh..ntah apa yg difikir pon tak tau..tapi yg pentingnya..makan makan dan makan..utk hidup..bukan hidup untuk makan...

So, boys and girls..ladies and gentlemen...oleh kerana diasak beberapa kali oleh Chef Nadiah beberapa kali untuk menyiarkan kuih tradisional tempatan..nah ..amek kau..!! (ayat Ameera - boboiboy kuasa tiga amekkkauu!!)...

Bahan-bahan :-
Ubi keledek
Tepung gandum
Gula secukupnya untuk inti

Cara-cara
  1. Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Kemudian lenyek hingga betul-betul lumat (semasa tengah panas-panas lagi) dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil-kecil menjadi bujur .
  2. Kemudian doh tadi dileperkan dan masukkan sedikit gula dan bentukkannya semula  menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan di dalam kuali yang berisi minyak yang panas.
  3. Sedap kan? Kan? Kan???
  4. Dan seterusnya..makan bersama air nescafe yang kaw...hasil air tangan isteriku...